MAJLIS PENUTUP SEMINAR ANTARA UNIVERSITI PENGAJIAN LEPASAN IJAZAH 2018 KALI KE-5 (SAPLI 2018)

sapli1

Anjuran Bersama

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

Dan

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

Hari Khamis, 30 Safar 1440H bersamaan 8 November 2018M

Auditorium, UNISSA

 

Bandar Seri Begawan:- Universiti  Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Pengajian Lepas Ijazah (PPLI) pagi tadi telah mengakhiri Seminar Antara Universiti Pengajian Lepasan Ijazah 2018 Kali Ke 5 (SAPLI 2018) dengan pembentangan Resolusi Seminar.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Rektor UNISSA Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.

 

Seminar yang dianjurkan merupakan kolaborasi dengan Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Selangor (KUIS), Malaysia yang mana Rektor institusi berkenaan Yang Berbahagia, Profesor Dato’ Dr Ab. Halim bin Tamuri telah ikut hadir pada majlis tersebut.

 

Seminar selama 2 hari iaitu pada 7 dan 8 November 2018 yang bertemakan “Pengajian Islam Kontemporari Antara Teori dan Aplikasi” telah menarik perhatian para pengkaji dan penyelidik untuk sama-sama mengongsikan pandangan masing-masing melalui kertaskerja. Sebanyak 73 buah kertas kerja telah dibentangkan dan termasuk 2 di antaranya merupakan pembentangan Kertas Utama.

 

Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada  mahasiswa kepada pelbagai aktiviti dan projek penyelidikan untuk memperkayakan pengalaman akademik mereka dan menjadi platform kepada mahasiswa untuk membentangkan hasil penyelidikan masing-masing.

 

Pembentangan Resolusi telah disampaikan oleh Pengerusi seminar Yang Mulia, Dr Hajah Sri Rahayu @ Hajah Nur Janah binti Haji Dollah, Pengarah PPLI.

 

Resolusi daripada seminar tersebut antaranya ialah menekankan tentang keperluan memantapkan kaedah pengajaran sebagai salah satu penyelesaian dalam menghadapi cabaran era zaman digital berlandaskan prinsip dan etika Islam. Pengawalan media sosial bagi mengatasi penularan kandungan negative juga ditekankan dalan resolusi tersebut sebagai langkah alternif untuk memelihara kesejahteraan minda dan jiwa pengguna.

 

Hadir sama pada majlis tersebut ialah pengerusi bersama Yang Mulia Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Pengarah Pusat Pengajian Siswazah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Timbalan Rektor, Penolong Rektor, Pegawai-Pegawai Utama, Para peserta pembentang luar dan dalam negeri.

 

Yang Mulia, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA dengan rombongan KUIS, Peserta dan AJK Seminar

 

Jualan Buku-Buku terbitan UNISSA Press diadakan sepanjang SAPLI 2018

Attachment

Related News