MAJLIS PERLANTIKAN DAN WATIKAH BAGI MPPUNISSA 2019/20 DAN MAJLIS PENGHARGAAN BAGI MPPUNISSA 2018/2019

Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA bergambar ramai bersama MPP UNISSA

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), telah melantik ahli baharu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISSA  bagi sesi 2019/ 20.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan amanat kepada ahli-ahli yang baru dilantik ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal.

 

Dalam ucapan beliau, YM Rektor merakamkan penghargaan di atas sumbangan MPPUNISSA 2018/2019 sepanjang tempoh menjawat jawatan pemimpin tertinggi pelajar UNISSA. Diharap pengalaman yang diraih sepanjang berkhidmat sebagai MPP dapat dimanfaatkan dalam mengharungi alam pekerjaan nanti. Beliau juga berharap pelajar akan terus mencurahkan bakti kepada UNISSA dan masyarakat walaupun tidak lagi memegang jawatan rasmi.

 

Manakala bagi yang baru dilantik, YM Rektor menggariskan kepentingan peranan MPPUNISSA ke arah membantu merealisasikan misi dan visi UNISSA. Pelajar dinasihatkan agar mengambil contoh sifat-sifat Rasulullah Shallahu’alaihi wasallam dalam memimpin iaitu Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatonah.

MPP merupakan badan induk yang mentadbir Persatuan Pelajar UNISSA dan dianggotai oleh mahasiswa dan mahasiswi yang dipilih melalui proses pengundian terbuka serta temuduga. MPP dianggotai oleh 7 orang ahli jawatankuasa tertinggi dan 11 orang ketua Jawatankuasa Eksekutif.

Pada sesi 2019/2020 ini, jawatan Yang Di Pertua MPPUNISSA dipegang oleh  Muhammad Hanafi bin Rosli dari Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam dan Naib Yang di Pertua (1) ialah  Mohammad Rawi Syazwi bin Ratino dari  Pusat Penyelidikan Halalan Tayyiban, manakala Hjh Siti Nur Khadijah binti Haji Abu Samah dari Fakulti Bahasa Arab memegang jawatan  Naib Yang di Pertua (2).

Turut hadir ialah Timbalan Rektor, Penolong Rektor dan Pegawai-Pegawai Utama UNISSA.

Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA bergambar ramai bersama MPP UNISSA