Mesyuarat Post Morterm Konferensi Antarabangsa Islam Borneo Ke-10 (Kaib X)

KAIBX

KUCHING, Isnin 29 Januari 2018, Timbalan Dekan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI) Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) selaku wakil Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal telah menghadiri Mesyuarat Post Morterm Konferensi Antarabangsa Islam Borneo ke-10 (KAIB X) yang telah sempurna diadakan pada 25 hingga 26 September 2017 yang lalu di Universitas Mulawarman (UNMUL), Samarinda, Kalimantan Timur Indonesia. Mesyuarat berlangsung selama sehari dan mengambil tempat di Universiti Tenkologi Mara (UiTM) Sarawak.

 

KAIB merupakan konferensi tahunan yang diterajui oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak dengan kerjasama UiTM Sabah, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei Darusssalam, Universitas Mulawarman, (UNMUL) Samarinda, Universitas Lambung Mangkurat (ULM) Banjarmasin, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Pontianak, Kolej Universiti Perguruan Islam Seri Begawan (KUPU SB), Brunei Darussalam dan jabatan-jabatan kerajaan yang lain seperti Majlis Islam Sarawak (MIS), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Persatuan Ulama Indonesia dan Pusat Dakwah Islamiah Brunei Darussalam.

 

Kesinambungan dari anjuran KAIB sebelum ini, konferensi ini diadakan sebagai platform berterusan wacana imu dan membangun penyelidikan keislaman dalam pelbagai disiplin ilmu serta mewujudkan jaringan (network) antara provinsi di Kalimantan dengan Sarawak, Sabah dan Brunei Darussalam. Penganjuran KAIB Ke-11 kali ini akan diadakan di Institut Agama Islam (IAIN) Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia pada bulan September 2018 dengan mengetengahkan tema utama ialah “Islam dalam ledakan era digital di Borneo”.

 

KAIB ke-11, memperbanyak dan meluaskan perbincangan dalam bidang akademik di kepulauan Borneo dengan menyediakan beberapa sub-tema, iaitu; Pendidikan, Halal, Wakaf & Zakat, Ekonomi, Kewangan, Pengurusan & takaful, Sains Sosial & Politik, Tamadun dan Manuskrip, Sains & Teknologi dan lain-lain lagi yang mempunyai kaitan dengan sejarah dan perkembangan Islam kepulauan Borneo.

 

Anjuran ini seiring dengan peranan dan objektif KAIB itu sendiri, adalah bertujuan untuk mengumpulkan bahan atau karya ilmiah yang berkaitan dengan perkembangan Islam, dakwah dan perundangan di Borneo untuk menjadi rujukan pada masa hadapan, serta menyediakan wadah diskusi tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan perkembangan Islam dari pelbagai sudut seperti dakwah Islamiah, pendidikan, sejarah & tamadun, Politik, ekonomi serta isu-isu lain yang berkaitan dengan Islam di Borneo dan mengumpulkan hasil tulisan ilmiah terutamanya yang berkaitan dengan manuskrip nusantara khususnya kepulauan Borneo.

 

Mesyuarat berlangsung selama sehari dan telah mengambil tempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak.

 

KAIBX

Gambar Ramai Jawatankuasa Tertinggi Konferensi Antarabangsa Islam Borneo

  

Related News