MINI KOLOKIUM SERANTAU ANJURAN BERSAMA UNISSA DAN UIR

YM Dr Arman bin Haji Asmad, Penolong Rektor UNISSA

MINI KOLOKIUM SERANTAU
ANJURAN BERSAMA UNISSA DAN UIR

Hari Khamis, 7 Zulhijjah 1440H bersamaan 8 Ogos 2019M

 

Bandar Seri Begawan – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menyelaraskan aktiviti kerjasama dengan Program Universitas Islam Riau (UIR), Indonesia dalam menganjurkan Mini Kolokium Serantau bertemakan “Membangun Kerjasama Melalui Pendidikan, Ekonomi Dan Bahasa Menuju Perguruan Tinggi Yang Unggul”.

Mini Kolokium Serantau yang diadakan ini adalah sebagai satu usaha ke arah perlaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah dimeterai oleh UNISSA dan UIR pada 13 Julai 2019 yang lalu.

Isu tema kolokium ini telah dibincangkan oleh pembentang-pembentang kertas kerja yang terdiri daripada Tenaga Akademik UNISSA diwakili oleh Dr Mariam binti Haji Abd Rahman dan YM Awang Haji Muhammad Khairul Hidayatullah bin Haji Basir sementara bagi pihak UIR pula diwakili oleh YM Dr H Saproni, M.Ed dan YM Dr H Hamzah, M.Ag.

Moderator Mini Kolokium Serantau ialah Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, YM Dr Hajah Masnooraini binti Haji Mohiddin.

Turut Hadir dimajlis tersebut ialah YM Dr Arman bin Haji Asmad, Penolong Rektor dan seterusnya memberikan ucapan alu-aluan.

Beliau menyentuh tentang kolaborasi akan terus dilaksanakan bukan hanya setakat penandatanganan MoU tetapi perlu direalisasikan dengan kegiatan-kegiatan yang dirancang. Mini Kolokium Serantau ini adalah satu bukti bahawa komitmen dalam mengadakan seminar walaupun diskala kecil tetapi mempunyai erti yang sangat besar terhadap kedua universiti.

Rombongan UIR telah diketuai oleh Timbalan Rektor (1) iaitu Yang Mulia Dr. H. Safendri. M. Si.

Beliau menyampaikan ucapan balas dengan menjelaskan bahawa kolokium yang diadakan hari ani adalah sebagai perintis bagi kegiatan-kegiatan akan datang dan berharap agar UNISSA sebagai rakan strategic akan sama berganding bahu dalam melaksanakan kegiatan yang bermanfaat.

Antara objektif kolokium ini diadakan adalah untuk memberikan pemahaman konsep kerjasama yang perlu digerakan dengan hasil pendidikan, perekonomian dan juga peranan bahasa dalam membentuk perguruan tinggi yang unggul. Kolokium ini juga adalah untuk perkukuhkan wadah aspirasi kedua institusi pendidikan tinggi Islam dalam menjalin dan membangun jaringan kerjasama.

Kunjungan UIR, Indonesia seramai 44 orang terdiri daripada Timbalan-Timbalan Rektor, Dekan-Dekan dan Para Tenaga Akademik UIR.

 

YM Dr Arman bin Haji Asmad, Penolong Rektor UNISSA

 

Pembentangan Kertas Kerja daripada UNISSA dan UIR

 

Gambar Ramai UNISSA dan UIR

 

Attachment