NADWAH ILMIAH KEAGUNGAN TANAH SUCI SEMPENA BANDAR SERI BEGAWAN IBU NEGARA KETEMADUNAN ISLAM BAGI RANTAU ASIA TAHUN 2019

NADWAH ILMIAH KEAGUNGAN TANAH SUCI SEMPENA BANDAR SERI BEGAWAN IBU NEGARA KETEMADUNAN ISLAM BAGI RANTAU ASIA TAHUN 2019

Bandar Seri Begawan, 1 Mei 2019:

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah diberi penghormatan oleh Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO) dan Federation of the Universities of the Islamic World (FUIW) untuk menganjurkan Simposium Akademik (Nadwah Ilmiah) dan Pameran Keagungan Tanah Suci Sempena Bandar Seri Begawan Ibu Negara Ketemadunan Islam Bagi Rantau Asia Tahun 2019.

 

Kesinambungan daripada Pameran Keagungan Tanah Suci yang berlangsung kelmarin di Ruang Legar Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, hari ini UNISSA mengadakan satu simposium akademik mengenai isu Keagungan Tanah Suci. Simposium ini dianjurkan bersama Jam’iyah Marakiz al-Ahya Makkah al-Mukaramah.

 

Simposium ini diadakan dengan tujuan untuk memperkenalkan Projek Keagungan Tanah Suci untuk membina budaya Islam secara umumnya berdasarkan etika di Kota Suci dalam usaha untuk memupuk nilai-nilai yang mulia. Simposium ini juga adalah sebagai wadah untuk menggalakkan badan penyelidik, universiti dan pusat pengajian untuk mengintegrasikan isu Keagungan Tanah Suci dalam projek penyelidikan akademik mereka.

 

 

Simposium akan membentangkan dokumen panduan rujukan mengenai Projek Keagungan Tanah Suci dan program pelaksanaannya, memperkenalkan beberapa karya penyelidikan akademik mengenai perundangan Islam dan pengeluaran sastera mengenai isu-isu pemuliaan dalam warisan Islam; dan pratonton pengalaman tempatan dalam menangani isu-isu Keagungan Tanah Suci.

Selepas simposium, pertemuan akademik juga diadakan dengan pelajar pascasiswazah dan tenaga pengajar UNISSA untuk menerokai cara untuk mengintegrasikan isu pemuliaan dalam projek penyelidikan yang akan datang.

 

Tiga pembentang telah dalam simposium ini iaitu:

1) Dr Talal bin Mohamed Sulaiman Abu Nur dari Jam’iyah Marakiz al-Ahya Makkah al-Mukaramah.

2) Profesor Dr Moustafa Rizk Al Sawahly, Pensyarah Fakulti Bahasa Arab, UNISSA

3) Dr Abdurrahman Raden Aji Haqqi, Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, UNISSA

 

Pembukaan ucapan semasa simposium akademik disampaikan oleh Haji Mohamad Samari bin Haji Mohamad Noh, Pemangku Timbalan Pendaftar UNISSA sebagai Pengerusi simposium akademik dan Encik Mohamed Chiekhi dari Sekretariat Jeneral ISESCO dan FUIW.

 

Tetamu kehormat di simposium akademik ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.

 

Attachment