Announcement for Undergraduate New Students Intake 2019/2020
- Posted by editor
- Posted in Announcement
1) PENDAFTARAN KEMASUKAN SECARA ATAS TALIAN (ON-LINE)
(2) SESI PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN BAGI PELAJAR-PELAJAR BARU PRA-SISWAZAH UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI SESI TAHUN AKADEMIK 2019/2020
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
MAKLUMAN (1): PENDAFTARAN KEMASUKAN SECARA ATAS TALIAN (ON-LINE)
Dengan hormat dan sukacita dimaklumkan kepada semua pemohon-pemohon yang telah menerima tawaran bagi mengikuti pengajian dalam program Pra-Siswazah (Diploma Tertinggi Kebangsaan dan Ijazah Pertama) di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Higher Education Centralised Admission System (HECAS) atau permohonan terus ke UNISSA sama ada di bawah Biasiswa Kerajaan atau Biaya Persendirian untuk membuat pendaftaran kemasukan secara atas talian (on-line) ke dalam Student Portal UNISSA berpandukan tatacara seperti dalam Garipandu Pendaftaran Kemasukan Secara Atas Talian seperti yang dilampirkan bersama ini atau melalui link berikut:
http://www.unissa.edu.bn/download/online-admission-registration-guideline/?wpdmdl=12608
Tarikh pendaftaran secara atas talian ini dibukakan mulai 8 Julai 2019 jam 8.30 pagi sehingga 15 Julai 2019 jam 11.00 malam.
Diminta kerjasama semua pemohon-pemohon yang telah menerima tawaran mengikuti pengajian di UNISSA dalam program pra-siswazah untuk melaksanakan pendaftaran ini dengan lengkap dalam tempoh yang ditetapkan bagi memudahkan urusan sesi pendaftaran dan pembayaran serta pengurusan semasa Minggu Taaruf nanti.
MAKLUMAN (2): SESI PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN BAGI PELAJAR-PELAJAR BARU PRA-SISWAZAH UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI SESI TAHUN AKADEMIK 2019/2020
Dengan hormat dan sukacita dimaklumkan bahawa semua pemohon-pemohon yang telah menerima tawaran bagi mengikuti pengajian dalam program Pra-Siswazah (Diploma Tertinggi Kebangsaan dan Ijazah Pertama) di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Higher Education Centralised Admission System (HECAS) atau permohonan terus ke UNISSA sama ada di bawah Biasiswa Kerajaan atau Biaya Persendirian untuk menghadirkan diri ke Sesi Pendaftaran dan Pembayaran yang akan diadakan selama dua hari iaitu hari Rabu & Khamis, 17 – 18 Julai 2019 mulai jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari & 2.00 petang hingga 4.00 petang bertempat di Auditorium UNISSA. Semasa sesi pendaftaran dan pembayaran tersebut, semua pelajar adalah diminta untuk:
1) membawa salinan surat tawaran
2) memastikan dan mengesahkan nama telah didaftarkan secara atas talian (on-line)
3) membawa salinan kad pengenalan
4) membawa salinan maklumat akaun bank peribadi
5) membawa salinan polisi insuran peribadi (jika ada)
6) membuat pembayaran yuran dan yang berkaitan seperti senarai pembayaran yang dilampirkan bersama surat tawaran
7) bergambar bagi kad pelajar
Pakaian semasa menghadiri sesi ini :
1) pelajar lelaki hendaklah berpakaian kemas (berkasut, baju MIB atau Baju Kemeja Berkolar Lengan Panjang dan Bersongkok)
2) pelajar perempuan hendaklah berpakaian kemas (berkasut, berbaju kurung atau seumpamanya dan Bertudung)
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini bolehlah berhubung melalui emel : oam@unissa.edu.bn atau ditalian 8192020.
Sekian disampaikan
والسلام
Dengan Hormat
Pejabat Pengurusan Akademik
Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Negara Brunei Darussalam
The 2019 Online Admission Registration Guideline can be found here
