PEKERJA TINGKAT II (BERGAJI HARI)

Calon-calon yang terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Bagin`da Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini adalah dipelawa untuk memohon bagi jawatan:

  

JAWATAN           : PEKERJA TINGKAT II (BERGAJI HARI)

GAJI                    : $25.80 – $27.20 SEHARI

JABATAN            : UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

KEKOSONGAN   : 1 ORANG

  

Syarat-Syarat Permohonan:

  • Berumur antara 18 tahun hingga 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Mempunyai kelulusan 4 ‘O’ Level ke atas atau National Trade Certificate 2 (NTC) atau London Chamber of Commerce Industry (LCCI Level 2) dalam bidang komputer, pengendalian pejabat dan yang sebanding dan bersesuaian dengannya.
  • Mempunyai Sijil Menaip dan Trengkas atau Sijil Penggunaan Komputer adalah diberi keutamaan.
  • Berkebolehan bertutur dan menulis dalam bahasa Arab adalah satu kelebihan.

Tugas-Tugas & Tanggungjawab:

  • Membantu dalam hal ehwal pengurusan pentadbiran seperti pekeranian, menaip persuratan, menyediakan memorandum, minit, urusan perfailan, menyediakan data maklumat pejabat di bahagian-bahagian yang ditetapkan.
  • Bersedia untuk bertugas pada bila-bila masa dikehendaki termasuk di luar masa bekerja biasa, hari-hari kelepasan awam dan di mana-mana tempat di bawah kawalan Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

  

SYARAT-SYARAT LAIN :

  • Mempunyai perwatakan yang baik dan dapat memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugas dan tanggungjawab serta dapat menjalankan tugas-tugas dengan penyeliaan yang minima.
  • Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syarat dan yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menjalani sesi temuduga.
  • Universiti berhak menolak borang permohonan yang tidak diisi dengan lengkap dan yang tidak menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

  

Tatacara Permohonan:

Borang permohonan – Form P1 (Borang P1) bolehlah didapati dan diisi melalui online di laman sesawang : http://www.unissa.edu.bn/jobapplication/form-p1/. Setelah lengkap mengisi borang permohonan melalui online, pemohon akan diberikan Application Reference No. (ARN) dan pemohon dikehendaki untuk menghantar emel ARN tersebut ke recruitment@unissa.edu.bn.

Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi+6732462000 ext 184 semasa waktu pejabat atau emel kepadarecruitment@unissa.edu.bn

  

Peringatan : Hanya pemohon-pemohon yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

Tarikh Buka Permohonan  : Hari Isnin, 13 Januari 2020

Tarikh Tutup Permohonan : Hari Isnin, 27 Januari 2020 Rujukan Iklan :           UNISSA/IJK/PGH/001/2020