PELAJAR UNISSA WAKIL PERTANDINGAN AL-QURAN DI BAHRAIN

Isnin, 13 Mei 2019:

 

Empat orang pelajar dan alumni daripada Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) hari ini berlepas ke Bahrain bagi menyertai Award of the Holy Quran Of The ASEAN Bahrain Council – The First Session yang dijadualkan bermula pada 13 hingga 18 Mei 2019.

 

Pertandingan anjuran The ASEAN Bahrain Council ini merupakan program yang diadakan buat julung-julung kalinya di mana antara lain ia bertujuan untuk meningkatkan kerjasama di antara Negara Bahrain dan negara-negara ASEAN. Selain itu, program ini juga merupakan sokongan kepada usaha kerajaan Bahrain dalam menitikberatkan pendidikan para belia berlandaskan al-Quran al-Karim.

 

Selain daripada Negara Brunei Darussalam, pertandingan ini turut disertai oleh wakil daripada Malaysia, Indonesia, Thailand, Philippines dan Negara Tuan Rumah, Bahrain.

 

Rombongan ini disertai oleh para pelajar UNISSA iaitu Awang Adee Aiman bin Haji Muhidin, Awang Abdul Hafiz bin Haji Abd. Kadiroshman dan Abdull Mu’in bin Haji Abd Hamid serta Abdul Qawiyuddin bin Suhaili, alumni UNISSA. Hadir bagi mengucapkan selamat jalan kepada para peserta pagi tadi ialah Dr Supri bin Haji Sudin, Dekan Pelajar UNISSA.

 

Dr Supri bin Haji Sudin, Dekan Pelajar UNISSA (Tengah-Tengah) bersama Pelajar UNISSA

Attachment