PELANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2018/2019

pelantikan MPP 20182019

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Sept – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) hari ini membubarkan Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) UNISSA sesi 2017/2018 dan telah melantik ahli baru bagi sesi 2018/2019 dalam majlis yang berlangsung di Bilik Senat, UNISSA.

MPP merupakan badan induk yang mentadbir persatuan pelajar UNISSA dan dianggotai oleh Mahasiswa dan Mahasiswi yang dipilih melalui proses pengundian terbuka yang dikendalikan oleh Dekan Pelajar, dimulai dengan proses penamaan calon dalam kalangan pelajar tahun 2 dan 3.

Pada peringkat awal, seramai (10) orang calon telah disenaraikan dan dalam pusingan kedua, para pelajar sekali lagi mengundi untuk memilih pelajar yang akan memegang tujuh jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi MPP UNISSA.

Pada majlis pelantikan baru-baru ini, tujuh pelajar telah dipilih sebagai ahli majlis tertinggi MPP 2018/2019 iaitu Yang Di-Pertua (1) dipegang oleh Ahmad Shafie bin Haji Mohd Adnan. Naib Yang Di-Pertua (1) ialah Muhammad Iqbaal Syakib bin Haji Suhib manakala Naib Yang Di-Pertua (2) pula dipegang oleh Nur Zafirah binti Zainal. Menjawat sebagai Setiausaha (1) ialah Muhammad Adib bin Suimi manakala Setiausaha (2) ialah Norsuziyani binti Abdullah. Luqmanul Hakeem Bin Haji Rozaini memegang jawatan sebagai Bendahari (1) manakala Bendahari (2) ialah Dyg Nabeelah Hafizah bte Dr Zainal Ariffin.

Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Pemangku Timbalan Rektor UNISSA, Dr Arman bin Haji Asmad, pegawai-pegawai kanan, Tenaga-tenaga Akademik, ahli Majlis Pewakilan Pelajar sesi 2017/2018.

Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2018/2019

Attachment

Related News