PEMBANTU PERPUSTAKAAN TINGKAT I

Calon-calon yang terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut:

JAWATAN : PEMBANTU PERPUSTAKAAN TINGKAT I

 

TANGGAGAJI : D.3 EB.4-5 ($900-$1,625 SEBULAN)

KEKOSONGAN : SATU (01)

 

KELAYAKAN MINIMUM :

1.   a) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding.Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi adalah kelebihan.

ATAU

       b)Telah berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan sebagai Pembantu Perpustakaan Tingkat II dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

2. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

3. Boleh membaca dan menulis jawi dengan baik.

4. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Arab adalah satu kelebihan.

5. Berpengalaman mengendalikan sistem perpustakaan atau lain-lain sistem bersesuaian adalah satu kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU PERPUSTAKAAN TINGKAT I:

1. Bertanggungjawab kepada Ketua Perpustakaan UNISSA.

2. Bertugas di Bahagian Kaunter Perpustakaan UNISSA secara bergilir.

3. Menjalankan satu atau lebih tugas-tugas yang berkaitan dengan Perpustakaan UNISSA seperti – Memproses, mendaftar dan mengkatalog bahan perpustakaan atau

  • Membantu mengumpul dan membangun bahan repositori UNISSA atau
  • Membantu mengendalikan aktiviti dan bengkel literasi maklumat perpustakaan atau
  • Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

SYARAT-SYARAT LAIN :

a. Hendaklah bersedia untuk bertugas pada bila-bila masa termasuk di luar waktu berkerja biasa dan di mana sahaja sebagaimana yang diarahkan.

b. Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syarat dan yang disenaraipendek akan dipanggil untuk menjalani sesi temuduga.

c. Universiti berhak menolak borang permohonan secara online yang tidak diisi dengan lengkap dan yang tidak menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

d. Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

 

TATACARA PERMOHONAN:

Borang permohonan – Form P1 (Borang P1) bolehlah didapati dan diisi melalui online di laman sesawang: http://www.unissa.edu.bn/jobapplication/form-p1/. Setelah lengkap mengisi borang permohonan melalui online, pemohon akan diberikan Application Reference No. (ARN) dan pemohon dikehendaki untuk menghantar emel ARN tersebut ke recruitment@unissa.edu.bn.

 

Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi +6732462000 ext 184 semasa waktu pejabat atau emel kepada recruitment@unissa.edu.bn

 

Peringatan: Hanya pemohon-pemohon yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

 

Tarikh Buka Permohonan : Hari Sabut, 11 Mei 2019

Tarikh Tutup Permohonan : Hari Sabtu, 25 Mei 2019

Rujukan Iklan : UNISSA/IJK/PPT1/06/2019