PEMBANTU TEKNIK

KELAYAKAN MINIMUM:

1. a) 4 kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge
Peringkat Biasa.

Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang tersebut adalah kelebihan.

ATAU

 

b) BDTVEC / BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) atau sebanding dalam bidang teknikal yang bersesuaian.

 

ATAU

 

c) Telah berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan sebagai Pelatih Teknikal atau jawatan sebanding dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun.

2. Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

1. Bertanggungjawab kepada Pembantu Teknik Kanan.

2. Membuat lawatan, pemeriksaan dan memantau aduan-aduan kerosakan bangunan bagi kegunaan-kegunaan dibawah Kawalan UNISSA.

3. Membuat pemantauan dan menyediakan laporan pemeriksaan kerja-kerja dan pembaikan yang sedang berjalan dan kerja yang telah siap dilaksanakan.

4. Pemeliharaan bangunan dan fasilitas di bawah kawalan UNISSA.

5. Menyediakan sebutharga dan mengawasi kerja-kerja yang akan dilaksanakan oleh pemborong.

6. Menyemak tuntutan-tuntutan pembayaran bagi projek kejuruteraan awam dan bangunan.

7. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diarahkan pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

SYARAT-SYARAT LAIN :

i. Mempunyai perwatakan yang baik dan dapat memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugas dan tanggungjawab serta dapat menjalankan tugas-tugas dengan penyeliaan yang minima.

ii. Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syarat dan yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menjalani sesi temuduga.

iii. Universiti berhak menolak borang permohonan yang tidak diisi dengan lengkap dan yang tidak menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

iv. Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah menghantar permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing yang mana Ketua Jabatan hendaklah menghadapkan permohonan tersebut berserta dengan satu sokongan laporan sulit mengenai pemohon, Laporan penilaian prestasi bagi tiga tahun kebelakangan dan satu salinan Rekod Perkhidmatan yang lengkap dan terkini.

 

Tatacara Permohonan:

Borang permohonan – Form P1 (Borang P1) bolehlah didapati dan diisi melalui online di laman sesawang :

http://www.unissa.edu.bn/jobapplication/form-p1/.  Setelah lengkap mengisi borang permohonan melalui online, pemohon akan diberikan Application Reference No. (ARN) dan pemohon dikehendaki untuk menghantar emel ARN tersebut ke recruitment@unissa.edu.bn.

Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi +6732462000 ext 184 semasa waktu pejabat atau emel kepada recruitment@unissa.edu.bn

Peringatan: Hanya pemohon-pemohon yang di senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

Tarikh Buka Permohonan : Hari Isnin, 2 Disember 2019
Tarikh Tutup Permohonan : Hari Isnin, 16 Disember 2019
Rujukan Iklan : UNISSA/IJK/PT/009/2019