PENDAFTARAN BAGI PROGRAM TALAQQI TILAWAH AL-QURAN BERSANAD SESI OGOS 2019 ANJURAN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Julai – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat menawarkan Program Talaqqi Tilawah al-Quran Bersanad bagi sesi Ogos 2019M, yang akan bermula pada 02 Ogos 2019.

Program terbuka kepada orang ramai dengan yuran penyertaan sebanyak $250.00 ini akan diadakan tiga kali dalam seminggu; iaitu pada setiap hari Jumaat, Ahad dan hari Sabtu (selepas waktu bekerja) bertempat di Kampus Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

Adapun tujuan khusus Program Talaqqi Tilawah al-Quran Bersanad ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat awam belajar al-Quran secara bertalaqqi dan musyafahah di samping meningkatkan kualiti dan mutu bacaan para peserta.

 

Perkataan Talaqqi dan Musyafahah bermaksud mempelajari al-Quran terus dari sebutan guru. Pelajar akan membaca dan Guru akan membetulkan bacaan pelajar atau Guru akan membaca kemudian pelajar mengikut bacaan tersebut. Bacaan Guru tersebut diperolehi daripada guru sebelumnya yang berkesinambungan hingga kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang kemudiannya diperakui dengan penganugerahan sanad.

Perkataan Sanad bermaksud kesinambungan guru-guru yang berterusan tanpa putus hingga kepada guru al-Quran yang paling agung iaitu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Orang ramai yang berminat bolehlah mendaftar melalui pautan http://bit.ly/2XnanPW. Tarikh tutup pendaftaran bagi program ini adalah pada Hari Sabtu, 27 Julai 2019, jam 4.00 petang.

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, UNISSA di talian 2462000 sambungan 202/204 atau whatsapp ke nombor +6738 254 374 atau email ke C4L@unissa.edu.bn.

 

Attachment