PENDAFTARAN PROGRAM SUNTIKAN IMAN 1440H/2019 KULIAH RAMADHAN: CELIK AL-QUR’AN (ASAS-ASAS MEMBACA AL-QUR’AN) ANJURAN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

DR BAHA (1)

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 04 Mei– Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat akan menawarkan Program Suntikan Iman 1440H/2019M kepada orang ramai pada bulan Ramadhan yang akan datang.

Kuliah Ramadhan: Celik Al-Qur’an (Asas-Asas Membaca Al-Qur’an) ini diadakan selama 4 hari iaitu pada setiap hari Jumaat dan Ahad, bermula pada Hari Jumaat, 10 Mei 2019, jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi bertempat di kampus Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

Adapun tujuan Kuliah Ramadhan: Celik Al-Qur’an (Asas-Asas Membaca Al-Qur’an) ini khusus diadakan adalah untuk mendedahkan peserta kepada kaedah asas membaca Al-Qur’an dengan lebih mudah.

Tarikh tutup pendaftaran bagi Kuliah Ramadhan ini adalah pada Hari Khamis, 9 Mei 2019, jam 12 tengahari.

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, UNISSA di talian 2462000 sambungan 204/202 ataupun melayari laman sesawang www.unissa.edu.bn atau menghantar email ke C4L@unissa.edu.bn

Attachment