PENERBITAN IKLAN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

UNISSA/SB0038/2019/2020 – PENYEWAAN RUANG KAWASAN BAGI PENYEDIAAN PERKHIDMATAN PERNIAGAAN MESIN AIR MINUMAN DAN MAKANAN RINGAN (VENDING MACHINE) DI UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA) BAGI TEMPOH DUA (02) TAHUN

Syarat-Syarat Tawaran :

  1. UNISSA/SB0038/2019/2020 – PENYEWAAN RUANG KAWASAN BAGI PENYEDIAAN PERKHIDMATAN PERNIAGAAN MESIN AIR MINUMAN DAN MAKANAN RINGAN (VENDING MACHINE) DI UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA) BAGI TEMPOH DUA (02) TAHUN
  2. Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal tempatan yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam.

Dokumen tawaran boleh diperolehi:

BAHAGIAN KEWANGAN

TINGKAT 1, BANGUNAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

SIMPANG 347, JALAN PASAR GADONG,

GADONG BE1310

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Nota: Dokumen tawaran akan mengandungi Borang Sebutharga, Spesifikasi dan/atau Syarat-Syarat Tawaran dan juga Borang Pengakuan Integriti Penender.

3. Pada waktu-waktu (termasuk menerima yuran tawaran) seperti berikut :

Hari Isnin hingga Khamis

8.30 pagi hingga 11.00 pagi

2.00 petang hingga 3.00 petang

Hari Sabtu

8.30 pagi hingga 10.00 pagi

4. Yuran tawaran adalah $10.00 SAHAJA dan tidak akan dikembalikan kepada setiap syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang sah.

5.Segala kehendak dalam Borang Sebutharga mestilah ditulis dengan BETUL dan TERANG, jika tidak permohanan tawaran ini akan DITOLAK.

6.Permohonan Tawaran ini akan DITOLAK jika BAGI SETIAP SEBARANG PERUBAHAN / PEMBETULAN pada Harga Tawaran yang menggunakan BLANCO’.

7.BAGI SETIAP SEBARANG PERUBAHAN / PEMBETULAN pada Harga Tawaran hendaklah DITANDATANGANI ASAL (initial) dan COP SYARIKAT.

8. Tawaran hendaklah diisi dalam BORANG SEBUTHARGA YANG ASAL (TIDAK BOLEH di FOTOKOPI dan di SCAN). Tawaran yang telah diisi dengan LENGKAP hendaklah dimasukkan kedalam PETI SEBUTHARGA yang disediakan dan dialamatkan kepada :

PENGERUSI SEBUT HARGA

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI,

SIMPANG 347, JALAN PASAR GADONG,

GADONG, BE1310,

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


9. Tawaran hendaklah disimpan didalam sampul surat TERTUTUP RAPI. Di sampul surat berkenaan hendaklah ditulis BILANGAN TAWARAN dan TAJUK TAWARAN disebelah kiri atas sepertimana yang diiklankan serta TARIKH TUTUP IKLAN ini, tanpa menunjukkan sebarang identiti, nama atau logo syarikat / pembekal.

10. Tawaran hendaklah dikembalikan tidak lewat HARI RABU, 26 FEBRUARI 2020 JAM 2.00 PETANG. Tawaran yang lewat dihantar tidak akan diterima.

11. SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT/Nama-Nama Perniagaan (FORM 16 & 17 / FORM X) hendaklah disertakan bersama tawaran.

12.SIJIL PENGIKTIRAFAN daripada Kementerian Pembangunan, AITI dan yang berkenaan bagi kerja-kerja yang berkaitan hendaklah disertakan bersama tawaran (Jika Perlu).

13. SIJIL HALAL yang dikeluarkan oleh MAJLIS UGAMA ISLAM BRUNEI dan juga SENARAI JENIS-JENIS MINUMAN DAN MAKANAN BERSERTA DENGAN HARGANYA sekali hendaklah disertakan bersama tawaran.

14. Minuman-minuman dan makanan-makanan yang dibenarkan untuk dijual adalah yang bersesuaian, berkualiti, sihat, tidak mansuh dan mestilah halal mengikut hukum syarak.

15. KEBOLEHAN ATAU PENGALAMAN DALAM PERKHIDMATAN MESIN LAYAN SENDIRI / VENDING MACHINES, hendaklah disertakan.

16. Pengusaha perlu menyediakan segala alat perkakas, peralatan dan meter kaunter bagi perkhidmatan mesin layan sendiri (Vending Machines) yang ditetapkan.

17. Pengusaha yang berjaya adalah dikehendaki untuk membayar DUA (2) BULAN SEWA sebagai WANG TARUHAN (SECURITY DEPOSIT) sebelum mendatangi kontrak perjanjian dan memulakan operasi perniagaan. Pengusaha yang gagal memulakan operasi perniagaan pada tarikh yang dipersetujui oleh pihak UNISSA dan pengusaha sendiri akan dikenakan penalti mengikut kadar pro-rata bagi hari-hari yang terganjak daripada tarikh mula operasi perniagaan itu.

Perkiraan Kadar Penalti Secara Pro-rata adalah seperti berikut:-
Kadar Penalti = (Kadar Sewa Sebulan)  X (Jumlah hari-hari tertangguh)
                                     (Jumlah hari)

18. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau sebarang tawaran.