PENOLONG PENSYARAH(PT1) / PENSYARAH (PT1A)

Universiti Islam Sultan Sharif Ali mempelawa pemohon-pemohon tempatan yang berkelayakan dan bersesuaian untuk memohon jawatan-jawatan akademik seperti berikut :

 

 

JAWATAN            :     PENOLONG PENSYARAH(PT1) / PENSYARAH (PT1A)

TANGGAGAJI      :     PT1[$2905-3$000-$3095-$3190] /

                                    PT1A [$3190-$3300-$3410-$3520-$3640-$3760 EBKhas $3880-$4000

                                    $4120-$4240] sebulan

BIDANG                :     TAMADUN ISLAM

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

 

  • Mestilah terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

  • Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Agama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Social, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam.

 

 

BAGI TANGGAGAJI PT1

 

  • Sebagai keperluan utama, mempunyai Ijazah Sarjana Muda (sekurang-kurangnya kelas dua atas) DAN Ijazah Sarjana (peringkat distinction sebagai kelebihan) atau yang sebanding dalam bidang yang bersesuaian dari universiti/fakulti universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam (selepas ini dipanggil Kerajaan) dan terkemuka sebagai kelebihan.

 

  • Benar-benar mempunyai minat untuk mengajar dan membuat penyelidikan.

 

  • Berumur tidak melebihi 30 tahun adalah satu kelebihan.

 

BAGI TANGGAGAJI PT1A

 

  • Sebagai keperluan utama, mestilah mempunyai ljazah Sariana Muda (sekurang-kurangnya kelas dua atas) DAN ljazah Sarjana (peringkat distinction sebagai kelebihan) DAN ljazah Falsafah Kedoktoran (PhD) atau yang sebanding dari universiti/pusat pengajian universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan terkemuka sebagai kelebihan.

 

  • Bagi yang tidak mempunyai ljazah Sarjana, keperluan adalah tertakluk kepada tahap ljazah Sarjana Muda (kelas pertama sebagai kelebihan) dari universiti /fakulti universiti /pusat pengajian universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan dan terkemuka sebagai kelebihan di mana calon menjalani kursus ljazah Falsafah Kedoktoran (PhD) dan kualiti pencapaian ljazah Falsafah Kedoktoran (PhD). Mempunyai kelulusan yang relevan dan bersesuaian. Mempunyai minat untuk mengajar dan membuat penyelidikan. Berumur tidak melebihi 35 tahun adalah merupakan satu kelebihan.

 

  • Berkebolehan dalam menulis dan bertutur bahasa Arab adalah satu kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGAJAWB

 

Bagi Tanggagaji PT1

 

  • Memberi kuliah, tutorial dan membuat membantu penyelidikan.

 

  • Membantu pensyarah atau pihak-pihak yang memerlukan didalam petugasa akademik.

 

  • Komited dalam kegiatan Pusat Pengajian Tinggi untuk kepentingan kerjaya dan kemajuan Pusat Pengajian Tinggi,

 

  • Tugas dan tanggungjawab lain dibawah perkhidmatan Pusat Pengajian Tinggi.

 

Bagi Tanggagaji PT1A

 

  • Memberikan kuliah, tutorial dan menjalankan penyelidikan.

 

  • Komited dalam kegiatan Pusat Pengajian Tinggi untuk kepentingan kerjaya dan kemajuan Pusat Pengajian Tinggi.

 

  • Tugas dan tanggungjawab lain dibawah pekhidmatan Pusat Pengajian Tinggi

 

TEMPOH PERCUBAAN SEBELUM PENETAPAN JAWATAN

 

Adalah dikawal oleh peraturan-peraturan berkaitan dengan perkara ini yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

 

 

KURSUS/LATIHAN/PEMBANGUNAN KAPASITI

 

  • Penolong Pensyarah (PT1) dikehendaki untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Falsafah Kedoktoran (Ph.D) atau sebanding dalam bidang pengkhususan yang diperlukan dan sesuai dengan bidangnya di niversiti terkemuka sebagai keutamaan.

 

  • Mengikuti kursus-kursus pendek yang diperlukan oleh Pusat Pengajian Tinggi didalam perkara-perkara untuk mempertimbangkan kebolehan dalam pengajian dna penyelidikan.

 

  • Berusaha mempertingkatkan inovasi dan kredabiliti dalam bidang pengarah dan penyelidikan.

 

  • Meningkatkan kebolehan didalam penulisan akademik.

 

  • Mempunyai keterlibatan dalam perkhidmatan Pusat Pengajian Tinggi kepada masyarakat.

 

 

KEMUDAHAN ELAUN DAN TATACARA PERMOHONAN:

 

ELAUN AKADEMIK    : –

Penolong Pensyarah    – $150.00 sebulan

Pensyarah                   – $200.00 sebulan

 

 

TATACARA PERMOHONAN :-

 

Borang permohonan – Form P2 (Borang P2) bolehlah, didapati dan diisi melalui online di laman sesawang: http://www.unissa.edu.bn/jobapplication/form-p2/ Setelah lengkap mengisi borang permohonan melalui online, pemohon akan diberikan Application Reference No. (ARN) dan pemohon dikehendaki untuk mengemail ARN tersebut ke recruitment@unissa.edu.bn

 

 

SYARAT-SYARAT LAIN :

 

  • Universiti berhak menolak borang permohonan yang tidak diisi dengan lengkap dan yang tidak menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

 

  • Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syarat dan yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menjalani sesi temuduga.

 

  • Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia hendaklah juga memohon melalui online. Salinan hardcopy borang permohonan juga hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan masing-masing yang mana Ketua Jabatan hendaklah menghadapkan permohonan tersebut berserta dengan satu SOKONGAN LAPORAN SULIT mengenai pemohon, laporan PRESTASI TIGA (3) TAHUN KEBELAKANGAN dan SATU SALINAN REKOD PERKHIDMATAN YANG LENGKAP dan TERKINI.

 

 Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi +6732462000 ext 184 semasa waktu pejabat atau emel kepada recruitment@unissa.edu.bn

 

Peringatan : Hanya pemohon-pemohon yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

 

Tarikh Buka Permohonan    : Hari Rabu, 18 Mac 2020

Tarikh Tutup Permohonan  : Hari Rabu, 01 April 2020

Rujukan Iklan                           : UNISSA/AKA/LOC/002/2020