PENOLONG PROFESOR (PT2/PT2A)

Hanya dibukakan bagi pemohon daripada Tenaga Akademik tempatan yang sedang berkhidmat di Universiti Islam Sultan Sharif Ali sahaja dan yang berkelayakan dan bersesuaian untuk memohon jawatan-jawatan akademik seperti berikut :

 

JAWATAN            :     PENOLONG PROFESOR (PT2/PT2A)

TANGGAGAJI      :     PT2 [$3880-$4000-$4120-$4240-$4360 EB Khas $4480

-$4600-$4720-$4840-$4960] ATAU

                                    PT2A [$4480-$4600-$4720-$4840-$4960-$5080-$5200

-$5320-$5400 EBKhas $5610] sebulan

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Bagi Tanggagaji PT2

  • Sebagai keperluan utama, mempunyai Ijazah Sarjana Muda (sekurang-kurangnya kelas dua atas) DAN Ijazah Sarjana (peringkat distinction sebagai kelebihan) DAN Ijazah Falsafah Kedoktoran (Ph.D) atau yang sebanding dalam bidang yang bersesuaian dari universiti / fakulti universiti / pusat pengajian universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan terkemuka sebagai kelebihan.

Bagi yang tidak mempunyai Ijazah Sarjana, keperluan adalah tertakluk kepada tahap Ijazah Sarjana Muda (kelas pertama sebagai kelebihan) dari universiti / fakulti universiti / pusat pengajian universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan dan terkemuka sebagai kelebihan di mana calon menjalani kursus Ijazah Falsafah Kedoktoran (Ph.D) dan kualiti pencapaian Ijazah Falsafah Kedoktoran (Ph.D).

 

  • Telah berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan dan telah ditetapkan dalam jawatan Pensyarah dalam tanggagaji PT1A selama tidak kurang dari empat (4) tahun.

 

ATAU

 

  • Telah berkhidmat dengan Pusat-Pusat Pengajian Tinggi dalam dan luar negeri termasuk bukan Kerajaan yang diiktiraf oleh Kerajaan dalam jawatan sebanding dengan jawatan Penolong Profesor atau sebanding dengannya dengan petugasan substantive mengajar dan menyelidik di dalam tempoh sekurang-kurangnya lima (5) tahun.

Menunjukkan potensi tinggi untuk maju dalam pengajaran, penyelidikan, kebolehan dalam menulis dalam bidang akademik dan memberikan perkhidmatan kepada umum.

 

 

Bagi Tanggagaji PT2A

  • Sebagai keperluan utama, mempunyai Ijazah Sarjana Muda (sekurang-kurangnya kelas dua atas) DAN Ijazah Sarjana (peringkat distinction sebagai kelebihan) DAN Ijazah Falsafah Kedoktoran (Ph.D) atau yang sebanding dalam bidang yang bersesuaian dari universiti / fakulti universiti / pusat pengajian universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan terkemuka sebagai kelebihan.

Bagi yang tidak mempunyai Ijazah Sarjana, keperluan adalah tertakluk kepada tahap Ijazah Sarjana Muda (kelas pertama sebagai kelebihan) dari universiti / fakulti universiti / pusat pengajian universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan dan terkemuka sebagai kelebihan di mana calon menjalani kursus Ijazah Falsafah Kedoktoran (Ph.D) dan kualiti pencapaian Ijazah Falsafah Kedoktoran (Ph.D).

  • Memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut :
  • Mempunyai pengalaman yang cukup lama sebagai tenaga akademik di Pusat-Pusat Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan dan memegang atau telah memegang jawatan yang sebanding dengan jawatan ini;
  • Mempunyai rekod cemerlang dalam pengajaran dan penyelidikan;
  • Telah memegang jawatan yang sebanding dengannya bagi tempoh yang bersesuaian;
  • Dibidang penyelidikan TELAH MULA menghasilkan tulisan-tulisan akademik hasil dari penyelidikan yang telah diterbitkan di dalam jurnal berwasit atau sumbangan bab di dalam buku-buku akademik dan menghasilkan banyak kertas-kertas akademik bagi seminar/persidangan serantau/antarabangsa atau menerbitkan buku akademik;
  • Pernah membuat penyeliaan tesis Ijazah Sarjana sebagai satu kelebihan;
  • Menghasilkan kertas-kertas akademik bagi seminar / persidangan serantau / antarabangsa yang bertaraf tinggi;
  • Pernah memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan atau Penolong Ketua Jabatan atau Penolong Dekan atau dalam jawatan berkaitan dengan rekod prestasi sekurang-kurangnya sangat baik sebagai satu kelebihan.
  • Berumur tidak melebihi 40 tahun adalah satu kelebihan.

 

  • Mestilah mempunyai Laporan Prestasi sekurang-kurangnya ditahap yang SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

 

KEMUDAHAN ELAUN DAN TATACARA PERMOHONAN:

Elaun akademik:-

Penolong Profesor                   :           BND250.00 sebulan

 

 

 

TATACARA PERMOHONAN :-

 

Borang permohonan – Form P2 (Borang P2) bolehlah, didapati dan diisi melalui ONLINE di laman sesawang: http://www.unissa.edu.bn/jobapplication/form-p2/ Setelah lengkap mengisi borang permohonan melalui online, pemohon akan diberikan Application Reference No. (ARN) dan pemohon dikehendaki untuk mengemail ARN tersebut ke recruitment@unissa.edu.bn

 

 

SYARAT-SYARAT LAIN :

 

  • Universiti berhak menolak permohonan (online) yang tidak diisi dengan lengkap dan yang tidak memuatnaik dokumen-dokumen yang diperlukan.

 

  • Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syarat dan yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menjalani sesi temuduga.

 

  • Selain memohon melalui online, salinan hardcopy borang permohonan juga hendaklah dihantar melalui Ketua Bahagian/Dekan Fakulti/Pengarah Pusat masing-masing yang mana Ketua Bahagian/Dekan Fakulti/Pengarah Pusat hendaklah menghadapkan permohonan tersebut berserta dengan satu SOKONGAN LAPORAN SULIT mengenai pemohon, laporan PRESTASI TIGA (3) TAHUN KEBELAKANGAN dan SATU SALINAN REKOD PERKHIDMATAN YANG LENGKAP dan TERKINI.

 

 

Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi +6732462000 ext 184 semasa waktu pejabat atau emel kepada recruitment@unissa.edu.bn

 

Peringatan : Hanya pemohon-pemohon yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

 

Tarikh Buka Permohonan        : Hari Isnin, 29 Jun 2020

Tarikh Tutup Permohonan       : Hari Isnin, 13 Julai 2020

Rujukan Iklan                            : UNISSA/AKA/38(B)/LOC/001/2020