PENSYARAH (PT1A)

Universiti Islam Sultan Sharif Ali mempelawa pemohon-pemohon tempatan yang berkelayakan dan bersesuaian untuk memohon jawatan-jawatan akademik seperti berikut : 

JAWATAN            :     PENSYARAH (PT1A)

TANGGAGAJI      :     PT1A ($3190-3300-3410-3520-360-3760 EBKhas 3880-4000-4120-4240) sebulan

BIDANG                :     SAINS HALAL

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Mestilah terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
  • Mempunyai pengetahuan tentang keresmian Agama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Social, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam. 

 

BAGI TANGGAGAJI PT1A

  • Sebagai keperluan utama, mestilah mempunyai ljazah Sariana Muda (sekurang-kurangnya kelas dua atas) DAN ljazah Sarjana (peringkat distinction sebagai kelebihan) DAN ljazah Falsafah Kedoktoran (PhD) atau yang sebanding dari universiti/pusat pengajian universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan terkemuka sebagai kelebihan.
  • Bagi yang tidak mempunyai ljazah Sarjana, keperluan adalah tertakluk kepada tahap ljazah Sarjana Muda (kelas pertama sebagai kelebihan) dari universiti /fakulti universiti / pusat pengajian universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan dan terkemuka sebagai kelebihan di mana calon menjalani kursus ljazah Falsafah Kedoktoran (PhD) dan kualiti pencapaian ljazah Falsafah Kedoktoran (PhD). Mempunyai kelulusan yang relevan dan bersesuaian. Mempunyai minat untuk mengajar dan membuat penyelidikan. Berumur tidak melebihi 35 tahun adalah merupakan satu kelebihan.
  • Berkebolehan dalam menulis dan bertutur bahasa Arab adalah satu kelebihan.

 

KEMUDAHAN ELAUN DAN TATACARA PERMOHONAN:

ELAUN AKADEMIK    : –

Pensyarah                   – $200.00 sebulan

 

Tatacara permohonan:-

Borang permohonan – Form P2 (Borang P2) bolehlah, didapati dan diisi melalui online di laman sesawang: http://www.unissa.edu.bn/jobapplication/form-p2/ Setelah lengkap mengisi borang permohonan melalui online, pemohon akan diberikan Application Reference No. (ARN) dan pemohon dikehendaki untuk mengemail ARN tersebut ke recruitment@unissa.edu.bn

 

SYARAT-SYARAT LAIN :

  • Universiti berhak menolak borang permohonan yang tidak diisi dengan lengkap dan yang tidak menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan.
  • Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syarat dan yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menjalani sesi temuduga.
  • Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia hendaklah juga memohon melalui online. Salinan hardcopy borang permohonan juga hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan masing-masing yang mana Ketua Jabatan hendaklah menghadapkan permohonan tersebut berserta dengan satu SOKONGAN LAPORAN SULIT mengenai pemohon, laporan PRESTASI TIGA (3) TAHUN KEBELAKANGAN dan SATU SALINAN REKOD PERKHIDMATAN YANG LENGKAP dan TERKINI.

Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi+6732462000 ext 184 semasa waktu pejabat atau emel kepadarecruitment@unissa.edu.bn

 

Peringatan : Hanya pemohon-pemohon yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

Tarikh Buka Permohonan           : Hari Isnin, 27 Januari 2020

Tarikh Tutup Permohonan          : Hari Isnin, 10 Februari 2020 Rujukan Iklan :      UNISSA/AKA/LOC/001/2020