PERSIDANGAN BAHASA ARAB DI ASIA TENGGARA

- Posted by PTMAdmin
- Posted in Faculty of Arabic Language News, News
Kuala Terangganu, Malaysia 12 September 2019:-
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerusi Fakulti Bahasa Arab dengan kolaborasi Fakulti Bahasa Arab dan Komunikasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Malaysia, Universitas Islam Negeri (UIN) Ar Raniry, Indonesia, Persatuan Guru- Guru Seindonesia dan Persatuan Bahasa Arab Malaysia telah mengadakan Seminar Bahasa Arab Asia Tenggara selama (2) dua hari bermula 11 September 2019 hingga 12 September 2019.
Persidangan ini telah diadakan di UniSZA dengan tema “Buku Buku Pengajaran Bahasa Arab Di Asaia Tenggara: Antara Pemantapan dan Penilaian Semula”.
Tujuan persidangan ini diadakan adalah untuk memperkenalkann buku pengajaran bahasa Arab di negara-negara Asia Tenggara dan juga untuk menilai dan memantapkan buku pengajaran bahasa Arab di IPT negara-negara Asia Tenggara.
Persidangan ini juga untuk membentangkan solusi bagi menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan pengajaran bahasa Arab di samping melakukan gerak kerja dalam menyempurnakan penghasilan buku pengajaran bahasa Arab di pelbagai peringkat pengajian.
Persidangan ini telah dihadiri oleh beberapa orang Pembentang kertas kerja dari Brunei, Malaysia, Indonesia, Thailand, Kamboja, Singapura dan Negara Timur Tengah.
Seramai 35 orang pembentang kertas kerja mewakili institusi pengajian tinggi di Brunei Darussalam dan 22 orang daripadanya adalah daripada UNISSA.

