PROGRAM KURAPAK KITANI SIRI KE-SEPULUH YANG BERTAJUK (DAH STUDY KE BELUM?)

kurapak kitani2

Bandar Seri Begawan, 10 November (Sabtu):- Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan Program Kurapak Kitani Siri Ke-Sepuluh yang bertajuk “Dah study ke belum?”.

 

Program bercorak motivasi ini adalah aktiviti tahunan yang dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sempena peperiksaan semester yang akan diadakan pertengahan bulan November.

 

Majlis ini dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang di ketuai oleh Yang Mulia Ahmad Shafiee bin Aim iaitu Exco Unit Keugamaan Dan Kerohanian.

 

Dalam program ini, pihak penganjur telah mengundang Pemangku Ketua Unit Pendidikan Khas (UPK), Kementerian Pendidikan, Yang Mulia Awang Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor untuk menyampaikan ceramah motivasi. Manakala  moderator bagi program ini ialah Yang Mulia Awang Muhammad Iqbaal Syakib Bin Haji Suhib, Naib Yang Di-Pertua MPP.

 

   

Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan semangat kepada para mahasiswa dan mahasiswi agar berusaha gigih dalam membuat persiapan menghadapi peperiksaan. Pada masa yang sama, ianya juga dapat memberikan kesedaran kepada pelajar tentang matlamat pencapaian yang cemerlang demi masa hadapan. Para pelajar juga ditanamkan untuk sentiasa bersyukur di atas setiap peluang yang telah Allah kurniakan kepada mereka walaupun mereka telah bergelar sebagai seorang graduan universiti pada masa akan datang.

 

Seterusnya majlis diikuti lagi dengan sesi soal jawab dari para pelajar yang hadir. Setelah itu majlis mempersilakan Yang Mulia Awang Ahmad Shafie bin Haji Mohd. Adnan iaitu Yang Dipertua MPP untuk menyampaikan cenderahati kepada penceramah bagi program ini  iaitu Yang Mulia Awang Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor, Pemangku Ketua UPK, Kementerian Pendidikan.

 

Yang Mulia Awang Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor, Pemangku Ketua UPK, Kementerian Pendidikan bersama Majlis Perwakilan Pelajar UNISSA

Attachment

Related News