PROGRAM SUNTIKAN IMAN 1439H BENGKEL TAHSIN QIRA’AT AL-QUR’AN (SURAH YAASIIN) UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

qiraat alquran1

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti bacaan Al-Quran khususnya surah Yaasiin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKPSH) telah mengungkayahkan program ilmiah kepada orang ramai iaitu Bengkel Tahsin Qira’at Al-Qur’an (Surah Yassin) yang berlangsung di dewan serbaguna Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampong Madang.

 

Bengkel ini adalah salah satu daripada pengisian Program Suntikan Iman 1439 Hijrah yang diadakan sempena bulan ramadhan. Seramai 30 orang menyertai program tersebut yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kerajaan dan swasta, Muslimah Masjid, pelajar institut pengajian tinggi, pelajar sekolah menengah dan orang perseorangan.

 

Bengkel ini merangkumi sesi teori dan praktikal yang mana para peserta telahpun didedahkan dengan kaedah penggunaan hukum-hukum tajwid yang mudah difahami dan dipraktikkan khususnya dalam bacaan surah Yaasiin.

 

Bengkel ini telah dilaksanakan oleh tenaga akademik UNISSA yang diketuai oleh Dr Haji Ahmad Baha bin Haji Mokhtar selaku penceramah dan pembengkel utama. Disamping itu empat orang pendamping bagi menjayakan sesi praktikal; Dr Gumma Ahmeed Himmad Adam, Dr Ousmane Manzo, Ustaz Awg Haji Mohd Khairul Nazif bin Hj Awg Damit dan Ustazah Yusfariza binti Yussop.

 

Sesi Tahsin bacaan peserta Bengkel

 

Dr Haji Ahmad Baha bin Haji Mokhtar menerangkan perkara yang berhubungkait dengan Bacaan Surah Yaasin

 

 

 

 

 

Attachment

Related News