PROGRAM SUNTIKAN IMAN 1439H KULIAH UMUM: PENGENALAN ILMU HADITH UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

suntikaniman1

BANDAR SERI BEGAWAN, 06 Jun – Dalam usaha untuk mengetengahkan maklumat-maklumat asas dalam ilmu Hadith kepada orang ramai, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKPSH) telah mengungkayahkan program ilmiah kepada orang ramai iaitu Kuliah Umum: Pengenalan Ilmu Hadith yang berlangsung di bilik kuliah Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampong Madang.

 

Kuliah umum ini adalah salah satu daripada pengisian Program Suntikan Iman 1439 Hijrah yang diadakan sempena bulan ramadhan. Seramai 36 orang menyertai program tersebut yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kerajaan dan swasta, Muslimah Masjid, pelajar institut pengajian tinggi, pelajar sekolah menengah dan orang perseorangan.

 

Melalui kuliah umum ini, peserta didedahkan dengan maklumat-maklumat asas dalam ilmu Hadith seperti Mustalahat Hadith dan pengertiannya. Kuliah umum ini telah disampaikan oleh tenaga akademik UNISSA iaitu Dr Lilly Suzana binti Hj Shamsu dan Prof. Madya Dr Sayuthy bin Abdul Manas, selaku penceramah.

 

 

 

Attachment

Related News