PROGRAM SUNTIKAN IMAN 1439H [KULIAH UMUM: TADABBUR AL-QUR’AN, EDISI RAMADHAN] UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

psi3

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Mei – Dalam usaha untuk memberikan kefahaman dan pengetahuan mengenai sejarah Nuzul Al-Quran, pengumpulan dan penulisan Mushaf, taddabur (memahami) ayat-ayat al-Qur’an yang berkaitan dengan  ibadah puasa dan amalan tadarrus di bulan Ramadhan, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKPSH) telah mengungkayahkan program ilmiah kepada orang ramai iaitu Kuliah Umum: Tadabbur Al-Qur’an Edisi Ramadhan yang berlangsung di Auditorium, UNISSA.

 

Kuliah umum ini adalah salah satu pengisian Program Suntikan Iman 1439 Hijrah yang diadakan sempena bulan Ramadhan. Seramai lebih kurang 40 orang menyertai program tersebut yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kerajaan, orang muallaf, pelajar sekolah menengah dan orang perseorangan.

 

Kuliah ini telah disampaikan oleh tiga orang penceramah yang terdiri daripada tenaga akademik UNISSA iaitu Dr Hj Ahmad Baha bin Hj Mokhtar, Dr Hajah Sarinah binti Haji Yahya dan Ustazah Yusfariza binti Yussop manakala Ustazah Artini binti Haji Timbang selaku moderator yang mempengerusikan kuliah tersebut.

 

  

Sesi Soal Jawab Daripada Peserta

 

Para Penceramah Program YM Dr Hj Ahmad Baha bin Hj Mokhtar, YM Ustazah Yusfariza binti Yussop, YM Dr Hajah Sarinah binti Haji Yahya dan Moderator YM Ustazah Artini binti Haji Timbang

Attachment

Related News