PROGRAM SUNTIKAN IMAN 1440H/2019 KULIAH RAMADHAN: PENGENALAN ILMU HADIS ANJURAN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

Bandar Seri Begawan, 25 Mei– Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat telah menawarkan Program Suntikan Iman 1440H/2019M kepada orang ramai untuk hadir dalam Kuliah Ramadhan: “Pengenalan Ilmu Hadis” yang disampaikan oleh Dr Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu, Dekan Fakulti Usuluddin dan Prof Madya Dr Sayuthy Abdul Manas, Penolong Kanan Professor Fakulti Usuluddin, UNISSA.

Program Suntikan Iman ini adalah bertujuan untuk menghidupkan suasana bulan Ramadhan dengan aktiviti yang berkebajikan bagi meraih ganjaran pahala di sisi Allah. Program ini juga adalah bertujuan untuk memberikan pengetahuan dasar berkenaan ilmu Hadis dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya agar penyebaran hadis melalui perkembangan teknologi maklumat yang tersebar dapat dikenal pasti kesahihannya.

Seramai 29 orang peserta yang terdiri daripada orang-orang persendirian, pegawai dan kakitangan kementerian kerajaan telah pun menyertai Kuliah Ramadhan ini.

 

Dr Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu, Dekan Fakulti Usuluddin

 

 

Prof Madya Dr Sayuthy Abdul Manas, Penolong Kanan Professor

Fakulti Usuluddin, UNISSA

 

Attachment