PROGRAM SUNTIKAN IMAN 1440H/2019 “RAMADHAN FOR KIDS” ANJURAN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

2

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mei– Sempena Bulan Ramadhan al-Mubarak, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat telah menawarkan Program Suntikan Iman 1440H/2019M, Ramadhan for Kids yang telah disampaikan oleh Dr Hajah Ummi Faizah binti Abdul Rahman dan Ustaz Abdul Rahman bin Haji Ajak selaku fasilitator program.

Ramadhan for kids ini telah dijalankan bermula jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di Auditorium UNISSA.

Seramai 114 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan ke bawah telah menyertai program ini.

Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya ialah show me your talent, aktiviti mewarna, block puzzle, susun dan padan, dan Find the Missing & Fill in The Blank .

Aktiviti ini adalah bertujuan untuk menghiburkan kanak-kanak yang sedang menjalani ibadah Puasa agar tidak merasa letih ketika berpuasa di samping untuk membimbing kanak-kanak untuk melakukan perkara yang berkebajikan.

Hadir dalam aktiviti tersebut ialah Yang Mulia Ustazah Siti Nurasmah binti Haji Damit, Pengarah Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.

 

Yang Mulia Ustazah Siti Nurasmah binti Haji Damit, Pengarah Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat bersama Pemenang Peraduan

 

Yang Mulia, Ustaz Abdul Rahman bin Haji Ajak dalam sesi bimbingan